AHLI-ahli Parlimen harus membawa satu usul khas untuk mengundi di Dewan Rakyat bagi menentukan tempoh khidmat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sama ada wajar berundur selewat-lewatnya pada 9 Mei 2021 atau terus menjawat jawatan itu sehingga semua pemasalahan negara diselesaikan terlebih dahulu.
Langkah itu satu tindakan paling rasional sekali gus dapat menjawab sebarang desakan oleh mana-mana pihak, individu atau jika ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahu Dr Mahathir menyerahkan kuasa kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Realitinya, usaha membetulkan kembali negara bukan satu kerja yang dapat diselesaikan dalam tempoh singkat.
Ia juga mustahil untuk melihat hasil mutlak kejayaan membina semula negara selepas setahun lebih kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah tanahair yang telah dirosakkan dengan begitu teruk oleh rejim kleptokrasi selama hampir dua penggal sebelum ini.
Beri ruang
Anwar sudah beberapa kali menyatakan tidak mahu mendesak mahupun meletakkan sebarang tempoh penyerahan kuasa perdana menteri kepadanya.
Ia sekali gus bukti tidak ada sesiapa boleh mendesak Dr Mahathir untuk menyerahkan kuasa selewat-lewatnya pada Mei 2021.
Apa yang penting, semua pihak harus memberi ruang kepada Dr Mahathir menyelesaikan semua permasalahan negara terlebih dahulu demi menjamin kesejahteraan masa depan rakyat.
NGO pendesak ini juga tidak mempunyai sebarang jaminan Anwar boleh atau mampu menyelesaikan segala kerosakan negara secara segera apabila kuasa perdana menteri diserahkan.
Selaku tokoh negarawan yang berpengalaman dan melalui semua peringkat kepimpinan negara dari tahun 1946 sampai sekarang, harus diakui Dr Mahathir tidak mempunyai sebarang agenda kepentingan diri dan perlu diyakini mampu meletakkan semula asas kekuatan negara sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga setengah tahun.
Perlu diakui, desakan tidak akan membetulkan apa sahaja situasi masa kini yang dihadapi negara secara sekelip mata.
Desakan juga tidak akan membawa sebarang perubahan namun paling penting kini adalah kerjasama dan semangat bersatu hati semua pihak yang berganding bahu ke arah membina semula Malaysia.
Paling penting kita penuhi amanah rakyat yang memenangkan PH pada PRU ke-14 untuk kerajaan baru terus membina semula negara dan bukan berebut kuasa sesama kita.
Ditambah lagi dengan dunia luar dan pelabur kini mempunyai keyakinan tinggi kepada Dr Mahathir mentadbir negara mengikut acuannya yang tersendiri selain sedang berada di landasan terbaik buat masa ini.
Mereka sudah nampak pelbagai ‘positive indication’ keadaan ekonomi negara berada di tahap semakin baik serta memberangsangkan.
Fokus utama
Setiap orang mempunyai tanggungjawab untuk sama-sama bekerja keras membantu kerajaan khususnya untuk memulihkan semula ekonomi negara.
Ia bukan hanya tertumpu kepada isu cuba untuk mendesak perdana menteri menyerahkan kuasa sebelum asas-asas sosio-ekonomi serta politik negara distabilkan terlebih dahulu.
Dalam isu peralihan kuasa, biarlah selagi keadaan kesihatan Dr Mahathir sihat dan mendapat kepercayaan majoriti dalam Parlimen; maka sepatutnya selagi itulah pemimpin ini harus menjawat jawatan Perdana Menteri sehingga akhir penggal perkhidmatan.
Namun jika masih ada suara-suara yang mempertikai, seharusnya proses pengundian di Parlimen akan menentukan kedudukan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri akan memuaskan perasaan semua pihak.
Proses pengundian secara telus dan adil di Dewan Rakyat juga adalah selari dengan amalan demokrasi di negara kita.
Sesi Parlimen kali ini mesti membawa satu usul khas bagi mengundi untuk menentukan kedudukan tempoh jawatan Dr Mahathir.
Kaedah inilah yang paling sesuai serta adil bagi menentukan bila Dr Mahathir harus menyerahkan kuasa.
Selepas itu, sebarang keputusan pengundian melalui Parlimen tidak boleh dipertikaikan lagi oleh mana-mana pihak.
Biarlah, keputusan pengundian di Parlimen yang bakal menentukan tarikh tempoh serah kuasa Perdana Menteri kerana Dewan Rakyat adalah platform terbaik untuk membuat keputusan muktamad.
Mandat juga harus diberi kepada Ahli parlimen untuk membuat keputusan ini di Dewan Rakyat.
* Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan adalah Penyelaras Parlimen Jasin.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan
Fri Sep 13 2019
Khairuddin berkata, biarlah keputusan pengundian di Parlimen yang bakal menentukan tarikh tempoh serah kuasa Perdana Menteri. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
King Sing berkata sikap perkauman juga boleh mengakibatkan para pelancong 'takut' untuk mengunjungi Malaysia, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
Tiada perbincangan wujudkan kerajaan perpaduan, hanya perjumpaan biasa - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pertemuannya dengan beberapa pemimpin beberapa hari lalu hanyalah sebagai perjumpaan biasa.
SPRM anjur mesyuarat ACTWG APEC secara maya
Mesyuarat itu bermula pada 19 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober nanti.
COVID-19: SKM peruntuk insentif pemulihan RM1 juta
Sehingga September, SKM meluluskan bayaran insentif PULIH berjumlah RM525,500 kepada 65 koperasi di negara ini.
PRN Sabah: Isu ekonomi, MA63 dan pembangunan jadi tumpuan
Madeline berkata, negeri-negeri yang kurang membangun juga perlu diberikan perhatian yang lebih.
Pemimpin Arab jadi sasaran alat Israel, AS - MAPIM
MAPIM mengutuk keras sikap pengecut dan bacul pemimpin Bahrain yang sanggup menjual diri kepada Israel dan Amerika dengan mengumumkan perjanjian damai bersama rejim itu.
Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.
Hadi Awang serah laporan mengenai Timur Tengah kepada Perdana Menteri
Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyerahkan Laporan Eksekutif kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Rasuah: Selangor tidak bercadang pindahkan penjawat awam negeri
Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk merombak atau memindahkan penjawat awam termasuk penguat kuasa negeri, sebagai langkah penyelesaian bagi membendung gejala rasuah dalam sektor berkenaan.
Muhyiddin mahu tindakan segera bantu tingkatkan taraf kehidupan penduduk PPR
Lawatan itu, ujar Perdana Menteri, banyak memberi maklumat kepada dirinya mengenai kehidupan warga kota atau golongan miskin bandar.
#RealLifeHeroes mengangkat semangat Hari Kemanusiaan Sedunia 2020
19 Ogos 2020 merupakan tahun kesebelas kita sama-sama menyambut Hari Kemanusiaan Sedunia.