KUALA LUMPUR: Kerajaan ingin memberikan kuasa yang besar kepada anak muda di negara ini, justeru itu kerajaan memberi taruhan kepada Undi18, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata pelaksanaan Undi18 itu membuktikan keyakinan kerajaan kepada anak muda dalam menyertai proses pembangunan negara.
Ismail Sabri yang mengadakan perjumpaan dengan perwakilan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) hari ini berkata beliau telah berkongsi pandangan serta pelan tindakan untuk penambahbaikan.
"Alhamdulillah, banyak input menarik yang telah saya terima hari ini terutama yang diutarakan oleh Presiden MPPK Amir Asyraf sendiri.
"Insya-Allah, kerajaan sentiasa terbuka untuk mendengar pandangan daripada anak muda," katanya menerusi perkongsian di laman Facebook hari ini.
Turut hadir pada perjumpaan itu Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad.
Ismail Sabri berkata MPPK, yang kini dianggotai 41 pemimpin pelajar mewakili 41 universiti di seluruh negara, bukanlah sekadar simbol kepada kesatuan pelajar institusi pengajian tinggi malah memainkan peranan penting dalam membuka ruang dan mewujudkan komunikasi dua hala antara pelajar dan kerajaan.
Beliau yang pernah menjadi Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya sesi 1982/1983 percaya akan ada antara anak muda yang ditemuinya hari ini menjadi pemimpin besar negara suatu hari nanti.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Undi18 dan pendaftaran pemilih secara automatik selewat-lewatnya pada 31 Dis tahun ini seperti yang diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuching.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 19 2021
Ismail Sabri berkata, pelaksanaan Undi18 itu membuktikan keyakinan kerajaan kepada anak muda dalam menyertai proses pembangunan negara. - Gambar/ Facebook Ismail Sabri Yaakob
Puluhan kakitangan berhimpun di Universiti Stanford
Universiti Standford, California antara puluhan institusi yang menyertai protes menggesa menghentikan pembunuhan beramai-ramai terhadap Gaza akibat serangan Israel.
Polis masuk Universiti Columbia, tahan beberapa individu
Pada Selasa, pelajar Universiti Colombia berikrar meneruskan siri protes di kampus sebagai solidariti menyokong Palestin, sekali gus melawan usaha pihak universiti untuk menghentikan mereka.
Tempat kediaman tertinggi dunia akan dibina di Dubai
Ia akan memintas menara Central Park Tower di New York yang berketinggian 472 meter.
PM ingatkan tidak buat tohmahan, fitnah sesuka hati
Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengingatkan pihak-pihak ini untuk tidak menyebarkan kenyataan yang tidak berasas.
AWANI Ringkas: Gaji dan elaun penjawat awam lebih RM2,000
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Laporan Bank Dunia: Puad cabar Fadhlina bermalam di rumah panjang, rasai kesukaran belajar di pedalaman
Puad Zakarshi mencabar Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk bermalam di rumah panjang bagi merasai sendiri kepayahan pelajar untuk mendapatkan pendidikan
Operasi darat Israel di Rafah akan cetus bencana kemanusiaan - WHO
Netanyahu berikrar pada Selasa, untuk menyerang Rafah, walaupun terdapat laporan kemungkinan perjanjian gencatan senjata dengan Hamas.
MoT pantau rapi situasi letusan Gunung Ruang - Loke
Setakat ini letusan gunung berapi berkenaan telah menjejaskan sedikit ruang udara di Tawau, Sabah menyebabkan beberapa penerbangan ke daerah itu terpaksa dilencongkan.
SPRM Kelantan tahan pegawai kanan KADA buat tuntutan palsu
Lelaki berusia 40-an itu ditahan pada 9.30 malam tadi selepas dipanggil ke pejabat SPRM untuk diambil keterangan.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines sambung semula beberapa penerbangan ke Sabah, Labuan
Penerbangan yang terlibat ialah MH2660D (KUL-TWU) yang pada awalnya MH2660, serta MH2661D (TWU-KUL), pada mulanya MH2661.
PRN: 'Saya dah cukup umur undi'
Mohd Aiman yang bertubuh kecil mencuri tumpuan ketika berbaris menunggu giliran mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus.
Hentikan sokongan melalui SD, tambah baik keadilan jenayah babit VIP - Undi18
Hentikan sistem sokongan berdasarkan kepada Akuan Bersumpah (SD) dan menambahbaik keadilan jenayah yang melibatkan individu berprofil tinggi.
Undi18: KBS semak, susun semula program pendidikan literasi politik - Adam Adli
KBS dengan kerjasama Kementerian Pendidikan sedang menyemak dan menyusun semula Program Pendidikan Literasi Politik bagi menarik minat belia.
Daftar pemilih tambahan September dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan September Tahun 2022 (DPT BLN9/2022) yang telah diperaku dan diwartakan, kini dibuka untuk semakan selama 30 hari bermula hari ini hingga 31 Dis.
Undi18: Pengundi kali pertama perlu bimbingan - ABIM
Kumpulan belia Undi18 adalah anak muda yang baharu hendak mengenal dunia politik dan sewajarnya mereka diberi bimbingan serta maklumat tepat.
PRU15: Libatkan NGO dan masyarakat dalam proses pemilihan calon - Fauzi Fadzil
Penglibatan langsung Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan masyarakat perlu menjadi keutamaan dalam proses pemilihan calon parti politik yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
PRU15: Isu lokal bukan tumpuan pengundi muda atas pagar - Undi18
Mereka lebih cenderung memilih calon yang mengangkat isu nasional memandangkan ramai yang tidak tinggal di kawasan mereka mengundi.
PRU15: Belia titikberatkan isu kestabilan politik, ekonomi dan kos sara hidup
Kerajaan seterusnya perlu meningkatkan usaha untuk memastikan peranan belia, kata Presiden Persatuan Pemimpin Muda UM, Lim San Shein
PRU15: Pengundi baharu mahu pemimpin bebas rasuah, selami hati rakyat
Kerajaan Persekutuan dan Negeri perlu ditadbir oleh pemimpin yang amanah dalam menjalankan tanggungjawab bagi membentuk sebuah negara yang dipandang tinggi di mata dunia.
Ku Li seru pengundi muda tidak boikot PRU15, rebut peluang mengundi
Pemilih berusia 18 tahun yang bakal mengundi buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diseru keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab mereka.