Pada setiap tahun, tanggal 19 Februari, Malaysia mengadakan sambutan Hari Antidadah Peringkat Kebangsaan untuk menunjukkan komitmen untuk meneruskan usaha memerangi gejala dadah daripada terus berleluasa.

Komitmen ini bukan sahaja untuk menghentikan generasi muda daripada terjebak dalam ancaman dadah ini tetapi membantu golongan penagih kembali pulih.

Astro AWANI ingin bertanya: Apakah cara terbaik untuk membantu golongan penagih dadah kembali pulih?

Sertai undian dan kongsi pandangan bersama Astro AWANI.