awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
3 maut dalam nahas pesawat ringan di selatan Australia
Perhimpunan GARAH tidak dibenarkan atas faktor keselamatan awam - Polis
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Unit Udara JBPM bantu agih bantuan makanan, ambil pesakit

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
05/01/2021
10:33 MYT
Unit Udara JBPM bantu agih bantuan makanan, ambil pesakit
Operasi melibatkan usaha membawa keluar mangsa yang mengalami masalah kesihatan turut digerakkan. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA LIPIS:Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggerakkan operasi mengagihkan bantuan bekalan makanan kepada mangsa banjir yang terjejas.
Komander Pesawat AW189 Unit Udara pasukan itu, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Khirulnizam Jamaluddin berkata, selain itu, operasi melibatkan usaha membawa keluar mangsa yang mengalami masalah kesihatan turut digerakkan.
Katanya, operasi itu dilakukan mengikut keperluan mengambil kira lokasi yang sukar diakses kenderaan lain serta keadaan banjir yang berisiko.
“Selain operasi pemantauan udara dilakukan bagi meninjau keadaan semasa banjir, kita turut lakukan operasi lain seperti menghantar makanan dan mengeluarkan mangsa atas faktor kesihatan tertentu.
“Bagaimanapun ia dibuat berdasarkan keperluan semasa, namun fokus hari ini adalah pemantauan udara di sepanjang persisir Sungai Pahang membabitkan kawasan Jerantut, Kuala Lipis dan Maran,” katanya kepada Astro AWANI di sini pada Selasa.
Operasi sedemikian dibuat berdasarkan keperluan semasa.
Operasi sedemikian dibuat berdasarkan keperluan semasa.
Dalam pada itu, Khirulnizam berkata, setiap operasi pemindahan mangsa banjir akan dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengekang penularan COVID-19.
“Semua SOP tersebut akan diamalkan kerana bukan sahaja kita mahu masyarakat bebas daripada COVID-19, malah untuk mengelakkan anggota dijangkiti virus berkenaan,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, operasi tinjauan udara pada Selasa akan diteruskan dengan meninjau keadaan semasa banjir yang di kawasan persisir Sungai Pahang.
“Antara kawasan yang terlibat termasuk Raub, Kuala Lipis, Jerantut dan Pekan,” jelasnya.
Topic Berkaitan
#banjir
#bomba
#unit udara
#agih makanan
#bantuan
#bawa keluar mangsa
#masalah kesihatan
#tinjauan udara
#banjir pahang
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan