awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Upacara penghormatan Tun Abdul Taib selesai disempurna di Masjid Negara

Fahmi Izuddin
Fahmi Izuddin
21/02/2024
04:35 MYT
Upacara penghormatan Tun Abdul Taib selesai disempurna di Masjid Negara
Jenazah Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud ketika selesai disolatkan di Masjid Negara. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Upacara penghormatan peringkat Semenanjung jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, selesai pada jam 11.30 pagi.
Antara pemimpin yang hadir termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadhilah Yusof, Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Datuk Juanda Jaya, anak bongsu Allahyarham yang juga Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib dan Tan Sri Annuar Musa.
Pada masa sama, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan kerabat Diraja Pahang, Tengku Meriam Almarhum Ahmad Shah Al-Musta'in Billah turut hadir untuk memberikan penghormatan terakhir.
Selain itu, hadir sama Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, Timbalannya, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay Dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid.
Upacara yang berlangsung di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara selama hampir sejam itu turut dihadiri ahli keluarga dan sahabat handai terdekat.
Selepas selesai upacara penghormatan di peringkat semenangjung ini, jenazah akan dibawa ke Pangkalan Tentera Udara (TUDM) Subang dan diterbangkan ke Kuching pada jam 1 petang.
Jenazah dijangka tiba di Kuching sekitar jam 3.30 petang dan akan terus dibawa ke kediaman Allahyarham di Demak Jaya, Kuching.
Topic Berkaitan
#Taib Mahmud
#Masjid Negara
#upacara penghormatan
#peringkat Semenanjung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan