Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menghamparkan sambutan besar-besaran di Istana Mushrif di sini pada Ahad untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang melakukan lawatan rasmi ke negara ini.
Di tengah-tengah cuaca yang cerah pada tengah hari, Putera Mahkota Abu Dhabi, Putera Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan dalam suasana mesra menyambut Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor ketika pasangan itu tiba di perkarangan Istana Presiden.
Lagu kebangsaan kedua-dua negara kemudian dimainkan dengan diselangi tembakan meriam 21 das.
Perdana Menteri dan Putera Mahkota kemudian menuju ke Dewan Majlis 1 untuk kedua-dua pemimpin diperkenalkan kepada delegasi kedua-dua pihak sebelum mengadakan mesyuarat tertutup.
Ini merupakan lawatan rasmi Najib yang kedua ke UAE sejak menjadi perdana menteri pada April 2009.
Najib yang tiba di ibu negara UAE ini malam tadi untuk lawatan rasmi tiga hari, mempunyai aturcara yang padat hari ini.
Beliau antara lain dijangka menyaksikan majlis pemeteraian beberapa perjanjian dan memorandum persefahaman (MoU) yang akan mewujudkan usaha-usaha baharu dan meningkatkan kerjasama antara kedua-dua negara.
Dua MoU, terutama dalam bidang pelancongan dan pendidikan tinggi serta perjanjian kerjasama berhubung dengan hal ehwal Islam akan dimeterai di Istana Mushrif dengan disaksikan oleh Najib dan Putera Mahkota.
MoU mengenai pelancongan akan mempertingkatkan lagi kerjasama dalam aktiviti berkaitan pelancongan antara Majlis Pelancongan dan Antikuiti Kebangsaan UAE dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
UAE merupakan satu daripada pasaran pelancongan yang amat penting bagi Malaysia. Pada 2013, seramai 19,880 pelancong dari rantau itu melawat Malaysia berbanding 18,233 pelancong pada 2012, pertambahan sebanyak 9.3 peratus.
Sebaliknya, UAE adalah destinasi pelancongan rakyat Malaysia. Pada 2013, seramai 19,830 rakyat Malaysia melawat UAE, meningkat 8.76 peratus daripada 18,233 yang dicatatkan pada 2012.
MoU mengenai kerjasama dalam bidang Pendidikan Tinggi antara Kementerian Pengajian Tinggi dan Penyelidikan Saintifik, UAE dan Kementerian Pelajaran Malaysia akan merintis jalan ke arah kerjasama rapat yang memberi manfaat bersama kepada kedua-dua negara.
Perjanjian antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Kerajaan Abu Dhabi melalui Pihak Berkuasa Am Hal Ehwal Islam dan Waqaf (AWQAF), UAE antara lain akan menyaksikan pembinaan sebuah masjid, pusat sumber Islam dan Pusat Permata iaitu hasil ilham Rosmah.
Dalam bidang ekonomi, pemeteraian MoU antara Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Lulu International Group yang berpusat di Abu Dhabi iaitu rangkaian hypermarket terbesar di Timur Tengah akan menyediakan pentas yang lebih bermakna bagi kerjasama perniagaan kerana perdana menteri juga dijadual menyaksikan majlis pemeteraian esok.
MoU itu akan memupuk pemasaran produk makanan Malaysia di hypermarket LULU dan memperluaskan skop pasaran debngan penubuhan hypermarket di Malaysia.
Walaupun mempunyai aturcara yang sibuk, di Abu Dhabi hari ini, Najib dan Rosmah juga dijadual berlepas ke Dubai untuk melakukan kunjungan hormat ke atas Yang Teramat Mulia Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Naib Perdana Menteri dan Pemerintah Dubai.
Najib juga dijadual melawat Pulau Al Maryah, yang terletak di tengah-tengah pusat perniagaan baharu Abu Dhabi, diikuti dengan jamuan malam yang dihoskan oleh UAE.
Bernama
Sun May 18 2014
Upacara sambutan rasmi bagi Najib di Istana Presiden Abu Dhabi
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya bungkusan berisi komputer riba
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom hari ini.
Ziana Zain giat bersenam di gimnasium, persiap diri untuk konsert solo bulan depan
Ziana Zain mahu memastikan beliau mampu memberikan yang terbaik apabila impiannya itu bakal menjadi kenyataan bulan depan.
AWANI 7:45 [25/04/2024] - Akaun KWSP distruktur semula | Pensyarah pro-Israel | Suspek tembak di KLIA didakwa | Astro Radio kekal nombor 1!
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Cynthia Ng;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
AWANI Ringkas: SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM
AWANI Ringkas
Pasaran getah ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan bagi getah fizikal LGM untuk GMM 20 adalah 754 sen sekilogram manakala susu getah pukal ialah 700.5 sen sekilogram.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.7745/7775 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Inspirasi bermakna daripada Forum Umrah & Ziarah 2024
Usaha meningkatkan kapasiti Mekah dan Madinah bagi membolehkan lebih ramai umat Islam mengerjakan umrah kini menjadi fokus utama kerajaan Arab Saudi.
Forum Umrah & Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah telah membincangkan banyak hal berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah termasuklah pengadaptasian teknologi terkini, pengurusan yang lebih cekap serta pengurusan kewangan yang lebih berdaya saing.
Ikuti laporan hari terakhir forum berkenaan bersama Hilal Azmi.
#ForumUmrahZiarah2024
#AWANI745
Forum Umrah & Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah telah membincangkan banyak hal berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah termasuklah pengadaptasian teknologi terkini, pengurusan yang lebih cekap serta pengurusan kewangan yang lebih berdaya saing.
Ikuti laporan hari terakhir forum berkenaan bersama Hilal Azmi.
#ForumUmrahZiarah2024
#AWANI745
Penjawat awam perlu amal kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas - PM Anwar
Penjawat awam digesa untuk sentiasa mengamalkan kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas supaya dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan pantas.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
1MDB: SPRM ke Riyadh untuk sahkan surat derma RM2.6 bilion - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin berkata pihaknya telah pergi ke Istana Riyadh pada 2015 bagi mengadakan pertemuan dengan dua putera Arab Saudi.
1MDB: Najib tak dedah mengenai pertemuan dengan Raja Arab Saudi ketika siasatan - Saksi
Najib tidak memaklumkan kepada SPRM mengenai pertemuan delegasi Malaysia bersama Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.
1MDB: Muhammad Shafee ditegur hakim kerana bersikap 'keterlaluan'
Ketua peguam bela yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur apabila dilihat menyerang kredibiliti pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika perbicaraan.
DAP hormati keputusan mahkamah libat isu tahanan rumah Najib
DAP akan menghormati keputusan mahkamah berhubung permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan di rumah.
Tindakan Zahid boleh cetus krisis Perlembagaan - Hassan
Hassan berkata, tindakan Zahid selaku seorang TPM dalam kerajaan yang sedang memerintah membawa makna Presiden UMNO itu secara rasminya mencabar keputusan Lembaga Pengampunan dan kerajaan.
Majoriti Ketua Bahagian UMNO sokong afidavit Ahmad Zahid - Ahmad Maslan
Majoriti daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menyokong usaha Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit tambahan menyokong petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak.
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Titah Adendum: Sokongan Ahmad Zahid kepada Najib tulus, sejati - Megat Zulkarnain
Sokongan yang dizahirkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Titah Adendum YDP Agong mengenai tahanan rumah, tulus dan sejati.
Keputusan permohonan Najib mulakan semakan kehakiman cabar kewujudan Titah Adendum 5 Jun
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 5 Jun untuk memutuskan permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mencabar kewujudan perintah tambahan beliau.