false false false EN-MY X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4 Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia (GPMS) Kedah berharap Kementerian Pendidikan memperkenalkan tempoh percubaan bagi pelaksanaan format baharu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), terutamanya melibatkan kertas Bahasa Inggeris. Pengerusinya Shamsul Bahar Abd Rani berpendapat pelajar dan guru mungkin tertekan dengan pengenalan format baharu ini memandangkan murid yang bakal menduduki UPSR tahun hadapan sudahpun membuat persediaan menggunakan format lama yang digunakan sekarang."Murid darjah lima sudah didedahkan dengan format tahun hadapan, jadi bila ada format baharu mereka perlu adakan persediaan," jelasnya ketika dihubungi Astro AWANI.
Shamsul juga meminta pihak kementerian mengambil kira soal kesediaan guru dan ibu bapa dalam melaksanakan format baharu tersebut.
"Faktor pertambahan subjek dan persiapan pelajar ini bukan sahaja melibatkan pelajar itu sendiri tetapi guru, ibu bapa dan masyarakat sekeliling," kata Shamsul.
Pada masa sama, beliau turut menyuarakan kebimbangan mengenai prestasi pelajar luar bandar yang secara perbandingannya tidak memperoleh keputusan Bahasa Inggeris sebaik pelajar di bandar.
Shamsul yang percaya matlamat meningkatkan kefasihan bahasa Inggeris hanya boleh dicapai melalui pertuturan seharian, melihat pengenalan format ini sebagai satu langkah ke hadapan dalam sektor pendidikan negara.
Begitupun beliau berharap keputusan ini tidak dibuat secara tergesa-gesa dan jika sudah diputuskan maka ia harus dilaksanakan secara jangka panjang.
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
AWANI Tonight: Batu Puteh RCI: PM dismisses persecution claims against Tun M Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim clarified that the Royal Commission of Inquiry on the Batu Puteh case was not to target Tun Dr. Mahathir Mohamad, noting that the special task force was formed under Datuk Seri Ismail Sabri's administration.
AWANI Tonight: Indonesia’s Prabowo mulls scrapping regional elections to cut costs Indonesian President Prabowo Subianto suggests doing away with one of the country’s two nationwide elections to cut costs, resembling a model used during the country’s three-decade authoritarian rule.
AWANI Ringkas: Musa Aman bakal TYT Sabah baharu? Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Semua pihak perlu berganding bahu bantu mangsa banjir - Nga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyeru semua pihak supaya berganding bahu membantu mangsa yang terjejas dengan bencana banjir.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).
Pasaran getah ditutup bercampur-campur Pasaran getah Kuala Lumpur pada Jumaat ditutup bercampur-campur di tengah-tengah aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar Tumpuan #AWANI745 malam ini: - Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM - Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura - OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000 - Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv #AWANInews
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
Hina B40: Isu pensyarah, pelajar boleh selesai cara baik - GPMS GPMS menyeru agar semua pihak kekal bertenang untuk menyelesaikan isu berkenaan dengan baik.
Perak sedia bantu mahasiswa terjejas penangguhan pendaftaran Razman Zakaria berkata, kerajaan negeri amat prihatin dengan permasalahan yang dihadapi oleh ibu bapa pelajar berkaitan dengan arahan baharu Kementerian Penggajian Tinggi (KPT) itu.
Titah penuh Sultan Nazrin Shah yang perlu dihayati oleh orang Melayu Orang Melayu yang gagal melakukan pengubahsuaian minda untuk menghadapi senario baru, dibimbangkan akan menghadapi nasib pupus seperti dinosaur.
Persatuan Alumni GPMS UiTM buat laporan polis terhadap Hindraf Persatuan Alumni GPMS Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuat laporan polis bagi membantah tuntutan Hindraf.
'Fun With English' bantu pelajar kuasai bahasa Inggeris Kerajaan Perlis akan menganjurkan program "Fun With English" (FWI) bagi membantu pelajar meningkatkan penguasaan dalam bahasa Inggeris bermula tahun depan.
TPM sokong cadangan penubuhan Suruhanjaya Pendidikan Timbalan Perdana Menteri menyokong cadangan GPMS supaya Suruhanjaya Pendidikan diwujudkan bagi memastikan pemerkasaan dan kesinambungan pelaksanaan dasar pendidikan negara.
Tiada tawaran baharu untuk penajaan pengajian ke Mesir - Idris Tiada penajaan baharu daripada mana-mana agensi kerajaan untuk pelajar tempatan menyambung pelajaran ke Mesir memandangkan keadaan di negara itu masih belum stabil, kata Datuk Seri Idris Jusoh.
GPMS desak PM tolak gesaan pihak mahu UEC diiktiraf GPMS turut meragui ketelusan UEC kerana ia tidak dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia tetapi badan persendirian Cina.
Melayu perlu terus memperkasa pendidikan - PM Najib Menerusi Dasar Pendidikan Negara serta komitmen Kerajaan dalam meningkatkan sistem pendidikan negara, ia kekal menjadi teras utama dalam agenda pembangunan negara.