awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
MITI siasat dakwaan pelanggaran libatkan cip AI Nvidia
MALAYSIA
KPT pelbagaikan kaedah PdP, ketengah 'edutourism'
BISNES
Rundingan tarif AS: Malaysia harap dapat jalin kerjasama baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

UPSR, PT3 tidak lagi relevan, KPM terus perkasa PBS - Fadhlina

Bernama
Bernama
11/11/2024
11:32 MYT
UPSR, PT3 tidak lagi relevan, KPM terus perkasa PBS - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM mengekalkan keputusan untuk tidak mengembalikan pelaksanaan UPSR dan PT3. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tidak lagi relevan untuk dilaksanakan dalam pentaksiran pendidikan murid sekolah, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Justeru, beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan keputusan untuk tidak mengembalikan pelaksanaan UPSR dan PT3, yang masing-masing dimansuhkan mulai 2021 dan 2022, sebaliknya akan memperkasakan pentaksiran Pendidikan Berasaskan Sekolah (PBS).
"Saya ambil peluang ini untuk menegaskan bahawa ketika ini, kita tidak akan berpatah balik dengan mengekalkan (keputusan untuk) memansuhkan UPSR dan PT3 kerana ia tidak lagi relevan.
"Sebaliknya, kita memberikan ruang kepada PBS ini berlangsung dengan baik... apa pun yang berlaku dalam pendidikan harus dikembalikan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan," katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 peringkat dasar bagi KPM di Dewan Rakyat hari ini.
Fadhlina berkata PBS bersifat lebih holistik yang merangkumi pentaksiran berorientasikan perkembangan murid secara keseluruhan, malah memfokuskan pembelajaran yang bukan hanya tertumpu kepada gred dan markah peperiksaan.
Topic Berkaitan
#Fadhlina Sidek
#UPSR
#PT3
#PBS
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami