Tiga pasangan kembar antara 1,242 calon mendapat 5A pada keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), pada Rabu.
Mereka daripada tiga sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Keroh, SK Masjid Baru, Jasin dan SK Sacret Heart, Bandar Hilir turut mendapat penghargaan daripada kerajaan negeri dengan pencapaian yang mengharumkan nama sekolah masing-masing.
Terdahulu, seramai 13,714 calon menduduki UPSR di 238 pusat peperiksaan dan Melaka mencatatkan gred purata negeri 2.15 iaitu terbaik dalam tempoh 10 tahun.
Bagi pelajar SK Ayer Keroh, Siti Farhana Othman berkata, kejayaan itu berbaloi apabila perlu mengikuti jadual seharian disusun atur kedua ibu bapa mereka yang mahu melihat dirinya bersama kembarnya, Siti Farhani berjaya.
Buat Mira Irsalina Salleh Hudin dari SK Masjid Baru menjelaskan kejayaan itu adalah hadiah buat keluarga, guru-guru dan rakan-rakan yang banyak membantu dan memberi semangat selepas kehilangan bapa tersayang sejak empat tahun lalu.
Bagi Nurul Aishah Faizal, turut menasihatkan rakan-rakan yang tidak berjaya supaya terus bersungguh-sungguh di peringkat sekolah menengah.
Sementara itu, motto ‘Kegemilangan Dipacu SK Sungai Jernih Betul-Betul Nombor Satu’ berjaya merekodkan pencapaian 100 peratus buat kali keenam.
Biarpun sekolah luar bandar itu yang jaraknya lebih 30 kilometer daripada bandaraya Melaka, namun kecemerlangan pelajar tidak dapat dinafikan apabila dua daripada lima calon mendapat keputusan 4A 1B.
SK Sungai Jernih antara dua sekolah di melaka mencapai keputusan 100 peratus selain SK Brisu, Masjid Tanah.
Astro Awani
Wed Nov 26 2014
Tiga pasangan kembar ini turut mendapat penghargaan daripada kerajaan negeri dengan pencapaian yang mengharumkan nama sekolah masing-masing.
Penganggur didenda rakam video tiga wanita dalam tandas
Seorang penganggur didenda RM14,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaib kehormatan tiga wanita, minggu lalu.
Saya tidak berdendam, jumpa di akhirat - Najib Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu bahawa beliau tidak berdendam dengan pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya, sehingga beliau dituduh melakukan penyelewengan dana 1MDB.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
PM tegaskan tidak pernah berdendam dengan Tun M
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
[INFOGRAFIK] Monsun Timur Laut | Kos Keseluruhan Pembaikan Jalan Rosak
Berikut adalah info berkenaan dengan Monsun Timur Laut, kos keseluruhan pembaikan jalan rosak.
Konten forum tidak melibatkan MCMC secara terus- Fahmi
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, "Mekanisma yang sedia ada termasuk konten forum yang merupakan satu badan bebas yang telah diwujudkan dan tidak melibatkan MCMC secara terus, ini adalah satu badan yang membolehkan semua pihak termasuk industri menyatakan pandangan tentang apa yang dimaksudkan dengan jelek atau jelek melampau." Menjawab kepada pindaan RUU SKMM dibawa kepada jawatankuasa khas tetapi tidak RUU CMA.
#AWANInews
#AWANInews
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
Gangguan bekalan air di Balik Pulau, ini senarai kawasan terlibat
Sebanyak 3,500 akaun pengguna melibatkan beberapa kawasan di Balik Pulau di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 10 malam Jumaat sehingga 4 pagi, Sabtu.
Hujan berterusan empat hari di Kelantan, Terengganu bermula Isnin
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.
Ketua pembangkang Korea Selatan desak pemecatan Yoon
Ketua pembangkang Korea Selatan, Lee Jae-myung, menyatakan bahawa pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol adalah cara terbaik memulihkan ketenteraman negara.
Kenyataan itu dibuat sehari sebelum pengundian parlimen mengenai tindakan singkat Yoon melaksanakan undang-undang tentera.
Kenyataan itu dibuat sehari sebelum pengundian parlimen mengenai tindakan singkat Yoon melaksanakan undang-undang tentera.
UPSR: Tiga pasangan kembar dapat 5A
Tiga pasangan kembar antara 1,242 calon mendapat 5A pada keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).