PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) seharusnya lebih bertanggungjawab selepas dua kekalahan kepada Oman dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Muscat dan Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini.
Penganalisis sukan tempatan, Datuk Pekan Ramli berkata, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dikritik teruk atas dua kekalahan tersebut dan kecaman itu disifatkan sebagai sesuatu yang tidak adil buat pengendali dari Korea Selatan itu.
Menurut Pekan, Pan-gon tidak seharusnya menjadi kambing hitam kerana ada permintaan daripadanya dalam usaha menyiapkan pasukan yang lebih mantap gagal ditunaikan oleh FAM.
"Saya nampak komen-komen di laman sosial dan saya bersimpati dengan Pan-gon kerana beliau dihentam atas aksi hambar pasukan.
"Kalau pasukan kalah atau menang orang nampak jurulatih dahulu, bukan orang nampak pengurusan FAM.
"Jadi dalam hal ini saya fikir kita kena adil kepada Pan-gon. Kalau beliau minta sesuatu, FAM kena hormati dan tunaikan kerana ia untuk kebaikan pasukan," katanya kepada Sukan Sinar.
Sebelum ini, FAM mengakui tidak dapat memenuhi permintaan Pan-gon ketika beliau mahu menyiapkan pasukan menghadapi Oman atas beberapa faktor antaranya kerana pemain tidak dapat dikumpulkan lebih awal.
Ia sekali gus mempengaruhi perancangan asal untuk menghantar skuad kebangsaan menjalani kem latihan pusat dan bermain dua perlawanan persahabatan di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Malah, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin turut mengakui Pan-gon ada meminta untuk menentang pasukan kelab, namun badan induk itu bertegas mahu skuad kebangsaan menentang pasukan berstatus negara.
Justeru, Harimau Malaya tidak mendapat perlawanan kompetitif yang diharapkan sekali gus gagal meneruskan rentak positif dalam aksi Kumpulan D kempen kelayakan tersebut selepas tewas dua kali kepada Oman bulan lalu.
Ia menyebabkan Harimau Malaya jatuh ke kedudukan ketiga walaupun sebelum itu mampu untuk menang dua perlawanan awal menentang Kyrgyzstan dan Taiwan November tahun lalu.
Selepas ini, skuad negara akan menentang Kyrgyzstan di laman lawan sebelum menanti kunjungan Taiwan dalam aksi terakhir kumpulan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jun.
Tiada pilihan lain kecuali kemenangan dalam dua perlawanan tersebut sekiranya berhasrat mahu layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
Pekan berkata, FAM perlu memperbaiki 'layanan' kepada Pan-gon selain semua pihak perlu berusaha untuk membantu pasukan kebangsaan.
"Mungkin situasi dihadapi FAM juga agak sukar dan perlu membuat rancangan pada minit akhir.
"Namun, saya harap untuk masa akan datang FAM mesti profesional dalam konteks menyediakan apa yang perlu untuk skuad kebangsaan dan apa yang diperlukan oleh seorang jurulatih," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Apr 10 2024
Kim Pan-gon dikritik teruk atas dua kekalahan tersebut dan kecaman itu disifatkan sebagai sesuatu yang tidak adil buat pengendali dari Korea Selatan itu.
Serangan balai polis: Jangan buat kesimpulan awal - Mufti Perlis
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan agar semua pihak tidak membuat kesimpulan terlalu awal berhubung serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor kerana bimbang akan menimbulkan sentimen Islamofobia.
Serangan balai polis: Gerakan JI di negara ini mungkin belum berakhir - Syahril Kadir
Editor Jenayah, Syahril Kadir berkata kejadian berdarah yang berlaku di Balai Polis Ulu Tiram, Johor menunjukkan kemungkinan gerakan Jemaah Islamiah (JI) dalam negara ini belum betul-betul berakhir.
Tegasnya, pihak berkuasa tidak boleh leka dengan ancaman tersebut, yang disifatkan sebagai 'api dalam sekam'.
Tegasnya, pihak berkuasa tidak boleh leka dengan ancaman tersebut, yang disifatkan sebagai 'api dalam sekam'.
Rezeki lapan sekeluarga tunai haji bersama kerana pengorbanan ibu bapa menabung
Menabung sejak awal usia, membawa lima beradik ke Tanah Suci secara serentak pada tahun ini, musim 1445H/2024M.
Malaysia, Uzbekistan boleh bekerjasama teroka bidang baharu pendigitalan, peralihan tenaga
Perdana Menteri berkata kedua-dua negara juga boleh menjalin kerjasama yang baik dalam sektor halal, perbankan dan teknologi makanan.
Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sejauh mana ancaman daripada Jemaah Islamiyah (JI) di dalam negara ketika ini, susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi tadi.
Seludup minyak petrol, lelaki warga Thailand didenda RM10,000
Seorang lelaki warga Thailand didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping semalam selepas mengaku bersalah menyeludup minyak petrol ke negara jiran.
Imigresen Sabah terima peruntukan RM50 juta naik taraf depot tahanan
Jabatan Imigresen Malaysia Sabah menerima peruntukan sebanyak RM50 juta pada tahun ini bagi menaik taraf semua empat depot tahanan agensi itu di negeri berkenaan.
Serangan balai polis: Bapa konstabel Ahmad Azza Fahmi reda, tak halang anak lain jadi polis
Azhar Khaiden berkata dia reda dengan kejadian yang menimpa anak keempatnya daripada lapan beradik itu.
Seramai 17 atlet telah layak ke Paralimpik Paris
Seramai 17 atlet negara telah meraih tiket ke Sukan Paralimpik Paris 2024 bermula 28 Ogos hingga 8 Sept ini, kata Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin.
Malaysia lihat Kazakhstan sebagai rakan strategik dalam rapatkan hubungan Asia Tengah dan Asia Tenggara
Malaysia menyifatkan Kazakhstan sebagai rakan strategik dalam membina hubungan rapat antara Asia Tengah dan Asia Tenggara.
Usah buat Pan-gon kecewa lagi
Datuk Pekan Ramli berkata, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dikritik teruk atas dua kekalahan tersebut dan kecaman itu disifatkan sebagai sesuatu yang tidak adil.
Pan Gon masih individu tepat bimbing Harimau Malaya - Mohd Saifuddin
Pan Gon telah membuktikan kemampuannya mentransformasikan pasukan negara sehingga layak secara merit ke Piala Asia selepas 42 tahun.
Kekalahan kepada Oman bukan pengakhiran - Pan Gon
Keajaiban diharap pada perlawanan menentang Kyrgyzstan di Bishkek pada 6 Jun dan saingan menentang Taiwan di Bukit Jalil pada 11 Jun.
Malaysia-Oman: Pan Gon tuntut janji padang dalam keadaan terbaik
Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon menuntut janji yang diberikan bahawa kualiti padang akan berada dalam keadaan terbaik.
Harimau Malaya tekad balas dendam ke atas Oman di Bukit Jalil
Kim Pan Gon beri jaminan Malaysia akan membalas dendam selepas kalah 0-2 kepada Oman di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini.
FAM tetap pendirian kekal puas hati dengan keadaan padang SNBJ
FAM tetap dengan pendirian berpuas hati dengan keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang akan digunakan menjelang perlawanan Malaysia menentang Oman.
PSM pastikan kualiti padang Stadium Nasional bersedia untuk aksi Oman - Hannah
Hannah yakin Perbadanan Stadium Malaysia akan memastikan kualiti padang di Stadium Nasional Bukit Jalil bersedia untuk aksi skuad Harimau Malaya menentang Oman.
Tak mungkin dihantar pulang! FAM pertahan Pan-gon bersama Harimau Malaya
Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon akan terus membimbing skuad Harimau Malaya bagi mengharungi perlawanan penting termasuk pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.
Bintang Totenham Hotspur, Son Heung-Min puji Harimau Malaya
Kapten Korea Selatan itu kagum dengan kegigihan dan kesunggguhan pasukan Malaysia yang mampu bangkit dua kali daripada ketinggalan.
Pan Gon bangga pemain capai keputusan menakjubkan
Pan Gon mengakui sukar memotivasikan pemainnya menjelang perlawanan menentang Taegeuk Warriors selepas gagal mara ke pusingan 16 terbaik.