JEMPOL: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Keluarga Malaysia menggambarkan keutuhan negara yang terikat dengan nilai didikan sempurna dalam sebuah keluarga dan bersifat inklusif.
Justeru, beliau mengajak seluruh Keluarga Malaysia untuk terus teguh bersama sebagai sebuah keluarga yang kalis cabaran dalam mendepani gelombang dan arus globalisasi.
"Usah dicemari keharmonian dan kedamaian yang dikecapi hari ini dengan berita palsu dan provokasi melampau yang dilakukan oleh segelintir pihak yang cemburu atau mempunyai niat tertentu terutama di media sosial. Idea Keluarga Malaysia yang dicetuskan ini bukanlah sekadar slogan atau retorik semata-mata.
"Lihat sahaja di Negeri Sembilan, pendekatan ini amat sinonim dengan rakyat di negeri ini yang terkenal dengan warisan budaya dan masyarakatnya yang berbilang suku tetapi hidup dalam suasana yang harmoni dan saling bantu-membantu antara satu sama lain," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) peringkat Negeri Sembilan di Dataran Seri Jempol hari ini.
Turut hadir Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin merangkap Menteri Peneraju Jelajah AKM dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Ismail Sabri berkata meskipun rakyat di negara ini berbeza kepercayaan, latar belakang dan budaya namun mereka perlu meraikan keterangkuman, kebersamaan serta kesyukuran dalam menjunjung semangat Keluarga Malaysia sebagai sebuah negara bangsa.
Beliau berkata sebagai negara yang memiliki bangsa dan budaya majmuk, sifat tasamuh atau toleransi dalam kalangan rakyat Malaysia juga amat penting sebagai alat dalam menyatupadukan semua pihak.
"Kemakmuran negara dapat dipertahan melalui sifat tasamuh dengan cara menghargai, menghormati dan menerima perbezaan dalam masyarakat majmuk sepertimana yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ketika membangunkan kota suci Madinah.
"Sikap yang dituntut dalam Islam ini bukan sahaja membolehkan rakyat terus membangun sehingga dihormati tetapi juga dapat mengelak daripada sebarang perbalahan yang sia-sia," katanya.
Perdana Menteri turut melawat Hospital Futuristik, yang merupakan antara tumpuan pada jelajah kali ini, dan merasmikan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera di Zon Aktif di Dataran Seri Jempol.
Jelajah AKM Negeri Sembilan, yang merupakan siri kesepuluh dan berlangsung tiga hari bermula semalam, menyasarkan 120,000 pengunjung dengan KKM sebagai kementerian peneraju.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 08 2022
Perdana Menteri mengajak seluruh Keluarga Malaysia untuk terus teguh bersama sebagai sebuah keluarga yang kalis cabaran dalam mendepani gelombang dan arus globalisasi. - Gambar/ Bernama
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Lapan rang undang-undang diluluskan Dewan Rakyat minggu ini
RUU itu diluluskan pada Selasa setelah melalui 12 hari tempoh perbahasan dan penggulungan peringkat jawatankuasa bermula 13 Nov lepas.
PM Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong yang kini berada di Malaysia.
Salah guna kuasa: Sifar tolak ansur perlu ada dalam PDRM - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tidak berkompromi dengan sebarang unsur salah guna kuasa.
PM Anwar rai rakan sejawat Xanana Gusmao dalam majlis makan tengah hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan rakan sejawatanya dari Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao, pada majlis makan tengah hari.
Banjir: PM umum RM50 juta peruntukan tambahan bagi Kelantan, Terengganu
Perdana Menteri umum peruntukan tambahan segera untuk disalurkan kepada Kelantan dan Terengganu, masing-masing RM25 juta, susulan banjir.
Thailand, Singapura bincang keselamatan makanan dalam perbincangan peringkat tinggi
Keselamatan makanan, keselamatan tenaga dan kesalinghubungan digital antara topik utama yang dibincangkan semasa pertemuan antara Paetongtarn Shinawatra dan Lawrence Wong pada Khamis.
ADUN Pas mohon maaf dakwa PM individu 17 terkaya di dunia
ADUN Pas, Mohd Yusni Mat Piah memohon maaf dan menarik balik kenyataannya berhubung kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan antara pemimpin terkaya di dunia.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.