awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usah kejar ranking, IPT disaran laku semakan kurikulum 3 tahun sekali - Mohamed

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
29/11/2022
07:40 MYT
Usah kejar ranking, IPT disaran laku semakan kurikulum 3 tahun sekali - Mohamed
Mohamed Mustafa Ishak berkata, pasaran kerja pada ketika ini bergerak selaras dengan kemajuan teknologi di mana sektor pekerjaaan memerlukan nilai multitasking. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Universiti tempatan diingatkan supaya tidak hanya mengejar ranking sebaliknya melakukan semakan kurikukulum sekurang-kurangnya tiga tahun sekali bagi memastikan subjek yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi itu (IPT) memenuhi keperluan pasaran kerja.
Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara, Prof Emeritus Datuk Seri Mohamed Mustafa Ishak berkata, pasaran kerja pada ketika ini bergerak selaras dengan kemajuan teknologi di mana sektor pekerjaaan memerlukan nilai multitasking.
Justeru, katanya, graduan pada zaman ini perlu mahir dalam lebih daripada satu bidang serta membangunkan elemen keusahawan supaya mereka tidak bergantung kepada pekerjaaan yang ditawarkan.
"Maaf bercakap, saya kena sebut terus terang, kita di universiti amat lambat membuat semakan kurikulum, lima tahun sekali ada setengah lebih 10 tahun... 15 tahun pun tak semak.
"Saya boleh cakap kerana saya seorang ahli akademik dan seorang naib canselor, jadi saya tahu apa yang berlaku di universiti.
"Mereka tak boleh tunggu lima tahun, mungkin sekarang tiga tahun atau mungkin dua tahun kena semak. Universiti tak boleh sibuk dalam soal ranking, tapi lakukan semakan kurikulum dalam meastikan graduan mereka versatil," katanya dalam wawancara bersama Buletin AWANI, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Mohamed berkata, pada setiap tahun, lebih 300,000 graduan memasuki pasaran kerja yang mungkin berdepan dengan keperluan baharu yang dimahukan pemain industri terutamanya membabitkan penggunaan.
Justeru, katanya, graduan pada zaman ini perlu mahir dalam lebih daripada satu bidang serta membangunkan elemen keusahawan supaya mereka tidak bergantung kepada pekerjaan yang ditawarkan sebaliknya menjadi 'pencipta pekerjaan' atau job creator.
Topic Berkaitan
#graduan
#pasaran kerja
#Kementerian Sumber Manusia
#Kementerian Pengajian Tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan