awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usah tertipu tawaran kontrak bekalan makanan di balai bomba

Sinar Harian
Sinar Harian
16/07/2024
00:10 MYT
Usah tertipu tawaran kontrak bekalan makanan di balai bomba
Menurut JBPM Johor, modus operandi scammer adalah dengan memberikan surat tawaran untuk membekalkan makanan bermasak bagi sesuatu majlis atau program di BBP di negeri itu.
JOHOR BAHRU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor meminta orang ramai berhati-hati dengan taktik terbaharu penipuan 'scammer' bagi penawaran pembekalan makanan bermasak di balai bomba.
Pengarah JBPM Johor, Siti Rohani Nadir berkata, pihaknya telah menerima beberapa laporan daripada pengusaha makanan mengenai penipuan tawaran tersebut.
Katanya pembekalan makanan itu dalam tempoh yang singkat serta secara kontrak selama setahun dengan suatu nilai tertentu.
"Modus operandi scammer adalah dengan memberikan surat tawaran untuk membekalkan makanan bermasak bagi sesuatu majlis atau program di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di negeri ini.
"Scammer turut memohon bantuan pembekal untuk memberi sejumlah wang tertentu bagi tujuan pembelian cenderahati atau 'goodies'.
"Pembayaran perlu dibuat kepada pihak ketiga yang juga merupakan rakan kepada scammer tersebut. Namun setelah pembayaran dibuat, scammer tersebut telah menyekat panggilan daripada pihak pembekal makanan berkaitan," katanya dalam kenyataan pada malam Isnin.
Rohani berkata, sekiranya memperoleh kerja-kerja membekal makanan bermasak atau sebarang tawaran kerja yang diragui melibatkan JBPM Negeri Johor, ia perlu mendapatkan pengesahan terlebih dahulu
"Orang awam atau pembekal makanan yang telah menjadi mangsa kepada penipuan tersebut dinasihatkan untuk membuat laporan polis dengan segera bagi tindakan selanjutnya," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#jbpm johor
#penipuan
#kontrak bekalan makanan
#scammer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan