awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Astro Awani
Astro Awani
27/11/2024
00:00 MYT
Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Sidang Dewan Rakyat hari ini akan diteruskan dengan sesi perbahasan dan penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat jawatankuasa oleh kementerian terlibat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan menggalakkan pemain industri tempatan untuk mempertingkatkan usaha mengeluarkan kenderaan elektrik bagi memenuhi permintaan tempatan antara yang dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) bertanyakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berhubung perkara itu dalam sesi soal jawab lisan sebaik sidang Dewan Rakyat bermula 10 pagi.
Turut menarik perhatian, soalan Azli Yusof (PH-Shah Alam) kepada Perdana Menteri berhubung usaha memulihkan akidah pemimpin dan pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang terpesong daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Azli juga ingin tahu mengenai tindakan diambil kerajaan untuk membela kebajikan keluarga dan memastikan kelangsungan pendidikan anak-anak yang ditinggalkan GISBH berikutan operasi Op Global.
Pada sesi sama, Mohd Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) bertanyakan Perdana Menteri berhubung usaha dan inisiatif bagi mengatasi masalah jenayah penipuan dalam talian yang telah menyebabkan kerugian lebih RM2.6 bilion dalam tempoh kurang tiga tahun selain tindakan penguatkuasaan undang-undang.
Selain itu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) bertanya kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sama ada kementerian itu mempunyai rancangan untuk menaikkan siling bagi pendapatan isi rumah pemohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Usai sesi itu, persidangan diteruskan dengan sesi perbahasan dan penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat jawatankuasa oleh kementerian terlibat.
Ikuti laporan yang terperinci Belanjawan 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Belanjawan 2025
#Rang Undang-Undang
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan