KUALA LUMPUR: Usaha menggalakkan literasi atau celik kewangan masih perlu diperbaiki khususnya di peringkat sekolah supaya rakyat tidak ketinggalan dan 'buta' dalam pengurusan kewangan, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan.
Justeru itu, beliau berkata berharap pengenalan mata pelajaran 'Kewangan dan Keusahawanan' dapat direalisasikan sebagai subjek khususnya di sekolah menengah agar golongan muda khususnya mendapat pendedahan dan pendidikan lebih awal mengenai pengurusan kewangan dan keusahawanan sebelum menamatkan pengajian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Dalam satu mesyuarat jawatankuasa Kabinet mengenai belia beberapa bulan lepas, yang dipengerusikan (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kita di Kementerian Kewangan (MoF) telah mengesyorkan cadangan ini secara rasmi iaitu pendidikan keusahawanan dimulakan di sekolah menengah supaya akhirnya anak-anak yang hanya ada SPM boleh menyara kehidupan dengan lebih baik.
"Jika tidak ada ilmu kewangan dan menjadi sihat kewangan, mereka yang hanya memiliki SPM terpaksa makan gaji dengan gaji yang rendah dan akhirnya menjadi kumpulan B40," katanya ketika berucap pada Program Literasi Kewangan 'Kembara Bijak Wang 2023' (KBW2023) di sini hari ini.
Ahmad berkata dalam 400,000 ke 500,000 calon SPM setiap tahun, hanya 40 peratus daripada mereka akan melanjutkan pelajaran ke peringkat STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia), vokasional atau teknikal, diploma dan ijazah ke atas.
Sehubungan itu, beliau berharap Strategi Kebangsaan Literasi Kewangan (2019-2023) akan diteruskan sebagai usaha mempromosikan tingkah laku kewangan yang bertanggungwajab dan sikap yang positif terhadap pengurusan kewangan.
Program KBW2023 yang dianjurkan buat kali keempat sejak 2019 adalah hasil kerjasama antara Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan HSBC Malaysia bertujuan meningkatkan literasi kewangan menggunakan pendekatan digital dan menawarkan aktiviti mencabar serta pengalaman yang menyeronokkan.
Program tahun ini melibatkan 3,202 pelajar dari universiti tempatan, politeknik, kolej komuniti dan MySkills Foundation.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 21 2023

Ahmad berharap pengenalan mata pelajaran 'Kewangan dan Keusahawanan' dapat direalisasikan sebagai subjek khususnya di sekolah menengah. - Gambar fail/Bernama

Hon Jian-Muhammad Haikal raih kejuaraan kedua di India
Beregu muda lelaki negara Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri muncul juara Kejohanan Masters Guwahati 2023 di India, hari ini.
AWANI 7:45 [10/12/2023] - Penjelasan PM bersama TPM | Malam penentu All Stars Gegar Vaganza
Tiada lagi tebuk atap, atap Kerajaan Perpaduan kukuh ibarat konkrit.
Penduduk Apartmen Idaman Trauma, larang anak main luar rumah.
Dua belas minggu berentap, siapa Juara All Stars Gegar Vaganza?
Penduduk Apartmen Idaman Trauma, larang anak main luar rumah.
Dua belas minggu berentap, siapa Juara All Stars Gegar Vaganza?

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI capai matlamat, lebih 200,000 hadir
Penganjuran Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI selama tiga hari berjaya mencapai matlamat untuk menyebar luas dan mempromosikan dasar serta inisiatif kerajaan kepada rakyat.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Zayn Rayyan | Setahun Kerajaan MADANI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pihak sekolah diarah sediakan laporan lengkap insiden buli pelajar lari asrama - Lim
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata KPM akan mengambil tindakan selanjutnya selepas menerima laporan lengkap dan menjalankan siasatan berhubung kejadian buli tersebut.

Ukraine mungkin tidak sertai Sukan Olimpik Paris
Ukraine mungkin tidak akan menyertai Sukan Olimpik Paris 2024 melainkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengubah pendiriannya.

Program setahun bersama Kerajaan MADANI wajar diteruskan - Menteri
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI wajar diteruskan kerana mendapat sambutan amat menggalakkan dengan kehadiran lebih 230,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran.
Filipina dan China berbalah isu pertembungan kapal
Filipina dan China saling menuduh berhubung perlanggaran kapal mereka di perairan yang dipertikaikan di Laut China Selatan ketika ketegangan mengenai tuntutan di laluan air penting itu memuncak.
12 minggu bersaing, juara milik siapa?
Malam penentu, siapakah bakal muncul juara All Stars Gegar Vaganza. Asyraf Roslan berikan analisis awal mengenai peluang setiap finalis.

Kerajaan terus komited bangunkan belia - TPM
Kerajaan Perpaduan terus komited memberi tumpuan khusus kepada golongan belia bukan sahaja di bandar tetapi menjangkau ke kawasan desa dan pendalaman di seluruh negara.

Usaha literasi kewangan perlu dipertingkat seawal peringkat sekolah - Ahmad Maslan
Usaha menggalakkan literasi atau celik kewangan masih perlu diperbaiki khususnya di peringkat sekolah supaya rakyat tidak ketinggalan dan 'buta' dalam pengurusan kewangan.

Universiti tidak sepatutnya lupakan keutamaan kajian kemanusiaan - Sultan Nazrin
Biarpun peralihan tumpuan sektor pendidikan tinggi kepada mata pelajaran STEM meningkat, universiti tidak sepatutnya melupakan keutamaan kajian kemanusiaan, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

PhD: Permohonan penuntut antarabangsa meningkat dalam tempoh 2 tahun lepas
Sebanyak 11,661 permohonan diterima pada 2021 daripada penuntut PhD antarabangsa untuk belajar di Malaysia.

Parlimen: Negara kekurangan guru agama - KPM
Setakat 30 Ogos lalu, hanya 16,024 guru agama berkhidmat di sekolah menengah berbanding 40,713 guru agama di sekolah rendah.

Dakwaan penyelewengan RM50 juta: Anak syarikat sebuah universiti tempatan disiasat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kedah, menyerbu pejabat anak syarikat sebuah universiti awam terkemuka di Utara tanah air pada Khamis.

Universiti tempatan ambil langkah proaktif kekang koronavirus
Beberapa universiti tempatan mengambil langkah proaktif bagi mencegah jangkitan 2019 novel koronavirus dalam kalangan warga universiti, termasuk melakukan saringan kesihatan ke atas pelajar dari China

Lepasan TVET digalak sambung pengajian
Pelbagai universiti tempatan kini menawarkan pengajian ijazah yang bersesuaian melalui kerjasama dengan Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

TN50: Ini suara, aspirasi mahasiswa!
Sebanyak 35 aspirasi berimpak tinggi berjaya disuarakan mahasiswa IPT pantai timur dalam Dialog TN50 di Universiti Malaysia Pahang.

Kualiti kursus ijazah di universiti tempatan setaraf antarabangsa - Idris
Justeru, beliau berkata perkara itu harus dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar tanpa perlu membazir wang ke luar negara untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah.

Ibu bapa Nur Shakinah mahu jumpa JPA bincang status pengajiannya
Pertemuan dengan penaja itu juga bertujuan mencari universiti tempatan yang sesuai untuk anaknya meneruskan pengajian dalam bidang kejuruteraan.