awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usaha martabat Bahasa Melayu menerusi Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu 2023

Astro Awani
Astro Awani
24/09/2023
04:20 MYT
Usaha martabat Bahasa Melayu menerusi Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu 2023
Sempena Simposium ini juga akan diadakan Malam Gema Puisi 2023 sebagai lanjutan Malam Kemuncak Jelajah Puisi Merdeka Keluarga Malaysia. - Gambar ihsan IKK
KUALA LUMPUR: Ikhtisas Kepimpinan Kamarazaman (IKK) akan menganjurkan Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu (SAABM) 2023 yang akan diadakan pada 25 September hingga 26 September 2023 depan di Hotel Le Quadri, UCSI, Kuala Lumpur.
Pengerusi SAABM 2023, Kamarazaman Yacob berkata, simposium ini turut mendapat kerjasama Pejabat Perdana Menteri ke-9, Kumpulan UCSI, Komuniti Pensyarah ASEAN, Thai Global Business Administration Technological College (TGBC) dan Rajamangala University Of Technology (RMUTT) Thailand.
Sempena Simposium ini juga akan diadakan Malam Gema Puisi 2023 sebagai lanjutan Malam Kemuncak Jelajah Puisi Merdeka Keluarga Malaysia.
SAABM 2023 ini adalah aspirasi daripada Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu 2022 yang telah diadakan pada 22 hingga 24 Mei 2022 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
“Matlamat utama simposium ini adalah bagi menyahut kenyataan yang mahukan Bahasa Melayu dimartabatkan dalam negara dan diperluas penggunaannya di peringkat ASEAN dan antarabangsa di samping memperkasa sosial budaya.” katanya.
Tambah beliau, SAABM juga berupaya menjadi medium dan pentas kepada para pejuang Bahasa Melayu untuk menyuarakan pandangan dan idea untuk menyebarluaskan semangat perjuangan Bahasa Melayu sama ada di dalam negara atau sehingga ke peringkat antarabangsa.
Penganjuran SAABM 2023 ini selari dengan penubuhan Kursi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Pengajian Melayu dan Ketamadunan) di TGBC Thailand pada 26 Ogos 2023.
TGBC dan RMUTT berfungsi sebagai hab pendidikan untuk meluaskan jaringan Pengajian Melayu dan Ketamadunan di Thailand.
Program simposium ini akan melibatkan satu ucap utama, empat sidang dan satu forum serta penyediaan resolusi yang membabitkan pembentangan kertas kerja oleh tokoh dari Malaysia dan negara-negara ASEAN dan antarabangsa.
“Alhamdulillah, kita berjaya menarik beberapa tokoh pejuang bahasa untuk menjadi panel dan moderator bagi sidang dan forum seperti Syed Mohd Zakir Syed Othman, penerima Anugerah SEA Write 2011, dan Hishamuddin Rais, aktivis sosial dan penulis” katanya lagi.
Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri akan merasmikan SAABM 2023 dan turut mendeklamasikan puisi pada Malam Gema Puisi 2023.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Bahasa Melayu
#SAABM2023
#IKK
#simposium
#puisi
#martabat
#bahasa ibunda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan