Selepas beberapa tahun suram, Butterworth yang pernah menjadi pusat pentadbiran Seberang Perai suatu ketika dulu akan dibangunkan semula sebagai bandar yang mempunyai 'jiwa'.
Usaha transformasi itu termasuk menukar wajah bangunan lama dengan sentuhan lukisan mural dan 3D seperti dilaksanakan di Butterworth Art Walk tiga tahun lalu sehingga menjadi lokasi pelancongan.
Projek tiga fasa itu adalah kolaborasi di antara Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Think City Sdn Bhd dan Zart Eventive Sdn Bhd di bawah Program Butterworth Baharu.
Datuk Bandar MBSP, Datuk Sr Rozali Mohamud berkata, Butterworth Art Walk merupakan inisiatif untuk meningkatkan imej persekitaran yang hijau dan indah dengan identiti perbandaran selari dengan objektif menjadikan Butterworth sebagai Bandar Seni dan Budaya.
Projek pengindahan tersebut termasuk 45 lukisan mural yang memaparkan sejarah Butterworth sejak 1843 dan 10 arca di belakang bangunan Lorong Bagan Luar 1 hingga Lorong Bagan Luar 3.
"Fasa pertama menunjukkan imej-imej yang asalnya di Butterworth macam gajah. Dulu Butterworth dia tempat pertunjukan sarkas dari China, dari Russia (penganjur) bawa gajah dan sebab itu (di Butterworth) ada Kampung Gajah.
"Ada juga imej sawah padi (kerana) di Butterworth (masih) ada lagi sawah padi, dalam pekan (bandar) pun ada sawah padi (suatu masa) dulu," kata beliau.
Selain imej gajah dalam bentuk poligon, ada juga imej setem Straits Settlement yang digunakan Negeri-negeri Selat pada 1876, imej pokok tebu dan imej silat Melayu.
Menurut Rozali, projek fasa kedua Butterworth Art Walk akan menonjolkan kepentingan air untuk minuman dan pengairan manakala fasa ketiga pula memaparkan Butterworth sebagai hab pengangkutan dan zon perindustrian sekali gus menjadi bandar yang mempunyai 'jiwa'.
Bagi terus 'menghidupkan' bandar Butterworth, beberapa program turut diadakan dari semasa ke semasa antaranya Festival Pinggiran Butterworth dan 'Fun Walk' untuk merancakkan kegiatan seni dan budaya.
Astro Awani
Fri Nov 22 2019

Usaha transformasi di Butterworth adalah termasuk menukar wajah bangunan lama dengan sentuhan lukisan mural dan 3D seperti dilaksanakan di Butterworth Art Walk.

Remaja maut terkena renjatan elektrik selepas melarikan diri daripada kereta terbakar
Seorang remaja maut akibat renjatan elektrik selepas terlibat dalam kemalangan di Florida, Amerika Syarikat.

COVID-19: India luluskan penggunaan vaksin Sputnik V
India meluluskan penggunaan vaksin Sputnik V COVID-19 buatan Rusia ketika negara itu sedang berdepan dengan peningkatan kes.

Bursa AS rendah, pelabur tunggu data inflasi
Saham di Bursa New York ditutup rendah pada hari pertama dagangan minggu ini dengan pelabur menunggu laporan pendapatan korporat.

COVID-19: PBB gesa kerajaan pertimbang cukai kekayaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa kerajaan semua negara mempertimbang untuk mengenakan 'solidariti atau cukai kekayaan' kepada golongan kaya.

Tembakan | Polis siasat punca tembakan di sekolah
Pihak polis Knoxville, Tennessee, Amerika Syarikat menerima laporan berhubung kejadian tembakan di sebuah sekolah menengah melibatkan beberapa mangsa. Beberapa das tembakan dilepaskan termasuk terhadap seorang anggota polis, bagaimanapun menurut laporan awal, siasatan masih dijalankan.

COVID-19 | Keliru & tidak konsisten amalkan SOP punca penularan meningkat
Kekeliruan, rasa puas hati dan tidak konsisten dalam mengamalkan langkah-langkah kesihatan menyebabkan peningkatan kes COVID-19. Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus memberi amaran jika perkara itu berterusan ini bermaksud pandemik itu masih jauh untuk tamat.

COVID-19 | India luluskan pengguna vaksin Sputnik V
India meluluskan penggunaan vaksin Sputnik V COVID-19 buatan rusia ketika negara itu sedang berdepan dengan peningkatan kes. Perkara itu disahkan Dana Pelaburan Langsung Rusia (RDIF), pada Isnin.

COVID-19 | Angka korban global kini lebih 2.94 juta
Angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia turut mencatatkan peningkatan sejak 24 jam lepas. Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian kini melebihi 2.94 juta kes.

COVID-19 | Sepanyol masih catat kenaikan kes
Jumlah kes positif COVID-19 harian di sepanyol menunjukkan peningkatan yang perlahan berbanding peningkatan kes sebelum ini. Pengarah Koordinator Pusat Kesihatan Awam dan Kecemasan, Fernando Simon memaklumkan, negara itu mencatatkan kadar peningkatan 199 kes bagi setiap 100 ribu orang dalam tempoh 14 hari lalu.

COVID-19 | Jepun mulakan program vaksin warga tua
Jepun memulakan vaksinasi COVID-19 untuk populasi warga tua yang besar pada Isnin. Negara itu menghadapi kekurangan dos vaksin yang diimport serta kemungkinan sukar untuk menghentikan gelombang keempat pandemik.

Usaha MBSP ubah imej Butterworth sebagai bandar yang ada 'jiwa', jadi tumpuan pelancong
Butterworth Art Walk adalah inisiatif untuk meningkatkan imej persekitaran yang hijau dan indah dengan identiti perbandaran selari dengan objektif menjadikan Butterworth Bandar Seni dan Budaya