awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usaha naik taraf taman awam diteruskan - Annuar Musa

Bernama
Bernama
07/08/2020
20:09 MYT
Usaha naik taraf taman awam diteruskan - Annuar Musa
Annuar menerima plak penghargaan daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan (kanan) ketika majlis di Taman Tasik Titiwangsa malam tadi. Turut hadir Timbalan Menteri Datuk Seri Dr Santhara Kumar (dua, kanan). --fotoBERNAMA
Kementerian Wilayah Persekutuan akan meneruskan usaha menaik taraf taman awam dan telah mengenal pasti beberapa tapak boleh dijadikan sebagai taman rekreasi atau kawasan lapang yang belum dimajukan setakat ini.
Menteri berkenaan Tan Sri Annuar Musa berkata langkah mewujudkan taman yang berkualiti tinggi, berfungsi dan dijaga dengan baik harus dijadikan sebahagian daripada 'karakter' Kuala Lumpur.
"Kuala Lumpur tidak hanya soal bangunan yang tinggi serta besar tetapi aspek taman dan kawasan lapang harus diletakkan sebagai keutamaan cukup tinggi.
"Kita berbangga kerana Kuala Lumpur mempunyai sejumlah kawasan hijau dan lapang yang bukan sahaja luas tetapi cukup berkualiti tinggi," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Transformasi Taman Tasik Titiwangsa di bawah projek Sungai Nadi Kehidupan (ROL) di sini malam tadi.
Mengulas lanjut, beliau berkata sebanyak 2,068.30 hektar kawasan lapang di Kuala Lumpur diperuntuk sebagai kawasan hijau dan rekreasi bagi tujuan riadah untuk warga kota.
Katanya daripada jumlah keluasan itu, sebanyak 966.05 hektar tanah telah diwartakan manakala 1,033.99 hektar tanah lapang berpotensi dan akan diwartakan seperti yang dalam Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020.
Sebanyak 1,930 hektar kawasan lapang di Putrajaya telah diwartakan sebagai kawasan hijau dan rekreasi manakala di Labuan, sejumlah 29.86 hektar kawasan lapang turut diwartakan sebagai kawasan hijau dan rekreasi, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#karakter Kuala Lumpur
#kawasan hijau
#kawasan lapang
#Kementerian Wilayah Persekutuan
#Kuala Lumpur
#naik taraf
#Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020
#rekreasi
#riadah
#taman
#taman awam
#Taman Tasik Titiwangsa
#transformasi
#warta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan