awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usaha padam kebakaran dijangka hingga awal pagi ini

Sinar Harian
Sinar Harian
27/10/2024
20:45 MYT
Usaha padam kebakaran dijangka hingga awal pagi ini
Operasi pemadaman sukar kerana barangan mudah terbakar menyebabkan api merebak cepat, selain tekanan air rendah. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Usaha memadam kebakaran tempat pengumpulan barangan kitar semula yang terbakar di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa 2 di sini dijangka berterusan hingga pagi ini.
Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Khairul Ariffin Che Ramli berkata, operasi pemadaman yang dijangka mengambil masa agak panjang itu berikutan barangan mudah terbakar dipercayai antaranya getah dan polivinil klorida (PVC) menyebabkan api merebak cepat.
Katanya, pihak bomba menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 6.02 petang dan bergegas ke lokasi kejadian.
“Kebakaran melibatkan timbunan barangan kitar semula seluas 0.6 hektar dengan ketinggian tiga hingga empat meter.
“Kami menghadapi kesukaran kerana ada barangan dipercayai mudah terbakar seperti getah dan PVC selain tekanan air rendah,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Pemandangan dari udara kebakaran tempat pengumpulan barangan kitar semula di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa 2. - Foto Sinar Harian
Pemandangan dari udara kebakaran tempat pengumpulan barangan kitar semula di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa 2. - Foto Sinar Harian
Menurut beliau, pihak bomba turut mendapat bantuan air dari lori tangki Air Kelantan Sdn Bhd.
Khairul Ariffin memberitahu, seramai 40 anggota dan pegawai bomba terlibat dalam operasi pemadaman membabitkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa, Kota Bharu dan Pasir Tumbuh.
Khairul Ariffin
Khairul Ariffin
“Pihak bomba menjalankan operasi dengan lima jentera dan tiga lori tangki.
“Setakat ini, operasi masih berjalan dan dijangka berterusan hingga awal pagi esok,” katanya.
Bomba berusaha memadam kebakaran di tempat pengumpulan barangan kitar semula di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa 2. - Foto ihsan bomba
Bomba berusaha memadam kebakaran di tempat pengumpulan barangan kitar semula di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa 2. - Foto ihsan bomba
Tambah beliau, kejadian tidak melibatkan kemalangan jiwa sementara punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Kebakaran dipercayai bermula kira-kira jam 5.30 petang itu dapat dikawal daripada merebak ke bahagian pusat servis kenderaan dan kilang perabot yang terletak bersebelahan.
Kebakaran tidak melibatkan kemalangan jiwa sementara punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Kebakaran tidak melibatkan kemalangan jiwa sementara punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Sehingga jam 11.30 malam tadi, operasi pemadaman oleh bomba sudah berjalan selama lebih lima jam.
Lokasi kebakaran berada berdekatan dengan penempatan penduduk dan tempat pengumpulan itu dipercayai baru enam bulan beroperasi di kawasan terbabit. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kebakaran
#tempat pengumpulan barangan kitar semula
#Pengkalan Chepa
#jbpm kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan