awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usaha UK sertai CPTPP, hapus tarif import minyak sawit satu kejayaan, kata bekas Ahli Parlimen Eropah

Bernama
Bernama
10/04/2023
20:00 MYT
Usaha UK sertai CPTPP, hapus tarif import minyak sawit satu kejayaan, kata bekas Ahli Parlimen Eropah
Minyak sawit merupakan antara kandungan utama dalam hampir separuh daripada barangan di pasar raya negara itu, justeru input makanan bagi perniagaan dan produk akhir bagi pengguna Britain akan menjadi lebih murah. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Minyak sawit sangat cekap dan produktif berbanding minyak lain bagi setiap ekar, yang menjadikannya kos efektif dan bermanfaat kepada alam sekitar, kata bekas ahli Parlimen Eropah, John Longworth.
Berkongsi ulasan beliau dalam akhbar harian Daily Express, di United Kingdom (UK) , pengerusi Independent Business Network itu menyifatkan usaha kerajaan UK yang diterajui Perdana Menteri Rishi Sunak untuk menghapuskan tarif import minyak sawit dari Malaysia dan menyertai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) sebagai satu ''kejayaan".
"Malaysia, seperti negara CPTPP lain, adalah negara demokrasi dengan potensi pertumbuhan yang amat besar. Menjadi kepentingan strategik kita untuk memacu pembangunan ekonomi - bagi Malaysia, ia bermakna minyak sawit. Bagi negara-negara lain di rantau itu, ia mungkin nikel atau tekstil," jelasnya.
Longworth berkata minyak sawit merupakan antara kandungan utama dalam hampir separuh daripada barangan di pasar raya negara itu, justeru input makanan bagi perniagaan dan produk akhir bagi pengguna Britain akan menjadi lebih murah.
"Jika kempen anti-CPTPP berpendapat harga makanan yang lebih tinggi adalah idea yang baik semasa krisis kos sara hidup, mereka nampaknya tidak memahaminya dengan betul. Ia adalah satu contoh biasa hujah yang tidak didasari fakta," katanya.
"Data rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam Penilaian Sumber Hutan Globalnya yang menyeluruh menunjukkan bahawa aktiviti penebangan hutan di Malaysia adalah sifar, namun kenyataan media dan hantaran Twitter mengambil pendekatan tidak memperdulikan fakta itu," katanya.
Beliau berkata kilang penapis utama minyak sawit UK di Liverpool hanya mengimport minyak sawit yang memiliki sijil diperakui dan tanpa penebangan hutan (mengikut kehendak pasaran UK).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Britain
#Twitter
#minyak sawit
#Rishi Sunak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan