Pengundi warga emas berumur 118 tahun, Che Will Daud bersyukur kerana masih dipanjangkan umur untuk menunaikan tanggungjawab mengundi buat kali ke-14 pada Pilihan Raya Umum ke-14 hari ini.
Che Will yang mengundi bagi kerusi Parlimen Tumpat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Bharu di sini berkata beliau memberi lebih tumpuan kepada kesihatannya sejak beberapa minggu lepas bagi memastikan niatnya untuk mengundi pada hari ini berjalan lancar.
"Saya memang langsung tidak mengambil sebarang minuman berais dan memastikan mempunyai tidur dan rehat yang cukup.
"Alhamdulillah hari ini saya rasa sangat bersemangat dan lega selepas berjaya menyempurnakan hasrat untuk keluar mengundi tanpa sebarang masalah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas selesai mengundi di Sekolah Menengah Ugama (SMU) Tarbiah Diniah di sini, hari ini.
Che Will hadir ke pusat pengundian itu dengan ditemani anaknya Hasnah, 72, pada kira-kira pukul 10 pagi dengan menggunakan kerusi roda.
"Saya harap sumbangan undi saya ini akan membantu memenangkan calon DUN Wakaf Bharu yang telah lama berkhidmat di kawasan ini dan menyeru semua warga negara agar tidak melepaskan peluang keluar mengundi demi memastikan kelangsungan kemakmuran yang dikecapi selama ini," katanya.
Sementara itu menurut Hasnah, ayahnya bangun seawal pukul 5 pagi hari ini bagi mempersiapkan diri untuk keluar mengundi.
"Dari semalam lagi ayah nampak begitu bersemangat dengan meminta kami menggosok bajunya selain berkali-kali mengingatkan kami agar bangun lebih awal hari ini," katanya.
Kata Hasnah, sebagai anak, beliau amat mengagumi kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan ayahnya setiap kali tibanya hari pengundian.
Beliau berkata semangat itu akan terus dijadikan contoh teladan yang akan diwarisi oleh seluruh generasi Che Will.
Che Will dipercayai lelaki tertua di negeri ini susulan kematian Mat Salleh Ali dari Kampung Gelugur yang meninggal dunia pada usia 161 tahun, manakala wanita dipercayai tertua di Asia, Esah Jusoh, 115, dari Machang meninggal dunia Oktober tahun lepas.
Astro Awani
Wed May 09 2018
Che Will Daud bersyukur kerana masih dipanjangkan umur untuk menunaikan tanggungjawab mengundi buat kali ke-14 pada Pilihan Raya Umum ke-14 hari ini. -Sinar Harian
AWANI Borneo [13/12/2024] – Renjatan Elektrik | Musa Aman TYT Sabah Baharu? | Cubaan Lemahkan Kerajaan Sabah
Tumpuan AWANI Borneo 13 Dis 2024 bersama Fauzi Zin
- Tiga pekerja kontraktor pemasangan alat solar maut terkena renjatan elektrik
- Spekulasi bertiup kencang, Musa Aman disebut-sebut bakal dilantik TYT Sabah baharu
- Tangkap layar perbualan WhatsApp bermotifkan poitik - Jeffrey
#AWANInews
- Tiga pekerja kontraktor pemasangan alat solar maut terkena renjatan elektrik
- Spekulasi bertiup kencang, Musa Aman disebut-sebut bakal dilantik TYT Sabah baharu
- Tangkap layar perbualan WhatsApp bermotifkan poitik - Jeffrey
#AWANInews
RUU mengenai hak kebebasan rakyat perlu perundingan lebih menyeluruh dengan ahli parlimen – Pegawai Ahli Parlimen
Pegawai Khas Ahli Parlimen Subang , Wong Ivan berkata perundingan dengan ahli-ahli parlimen perlu dilakukan dengan lebih menyeluruh dan diberi peruntukan masa yang lebih panjang untuk menilai sebarang usul Rang Undang-undang (RUU) yang dikemukakan oleh kerajaan. Jelasnya, perundingan ini adalah lebih mustahak apabila ia melibatkan yang memberi kesan kepada hak kebebasan rakyat untuk bersuara. #DialogAnakMuda
Hak kebebasan tidak akan tercapai selagi ‘Akta Sakit Hati’ masih wujud - SUARAM
Pengurus Program Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Azura Nasron berkata kebebasan bersuara yang hakiki tidak akan dapat dicapai selagimana masih ada peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Beliau mempertikaikan bahawa definisi ‘jelik melampau’ dalam peruntukan berkenaan tidak terlepas daripada kemungkinan akan disalahguna pada masa akan datang. #DialogAnakMuda
Pindaan Akta 588 tidak jamin persekitaran media sosial yang sihat – Ketua Pengarang Cilisos
Ketua Pengarang Cilisos Media, Iqbal Fatkhi berkata pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588) tidak menjamin persekitaran penggunaan media sosial yang sihat. Beliau mengkritik definisi ‘jelik melampau’ dalam Seksyen 233 Akta berkenaan yang masih tidak jelas dan samar. #DialogAnakMuda
Tekankan aspek penggunaan media sosial secara hemat pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia dan Yang Di Pertua Persatuan Alumni MFLS Universiti Malaya, Esther Ezhil Nanggai berkata belia perlu didedahkan dengan cara penggunaan media sosial yang berhemat susulan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, peruntukan undang-undang tidak menjamin matlamat Akta berkenaan dicapai tanpa kesedaran dalam kalangan belia. #DialogAnakMuda
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Perak dan Setiausaha Politik Ahli Dewan Negeri (ADN) Canning, Tan Li Pei berkata sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, kawalan terhadap unsur-unsur perkauman dan agama bukan suatu bentuk menafikan hak kebebasan bersuara rakyat. #DialogAnakMuda
Bekas remisier didakwa tipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan berhubung pembelian saham
Seorang bekas remisier mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen menipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan dalam urusan pembelian saham pembekalan peralatan golf, tahun lepas.
Patuh, jangan naikkan harga sesuka hati
Para peniaga diingatkan patuh kepada harga maksimum dan tidak sesekali menaikkan harga barangan ketika musim perayaan Krismas.
Dua ditahan disyaki samun bersenjata, menyamar anggota polis
Suspek bersenjatakan pistol datang ke rumah seorang wanita warga Indonesia kononnya untuk tujuan pemeriksaan selain memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
Penduduk Samarahan dinasihat tidak terburu-buru jual tanah
ADUN Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau yakin harga hartanah di Samarahan akan meningkat berkali-kali ganda pada masa akan datang.
Usia 118 tahun, lelaki tertua Kelantan ini masih steady untuk pergi mengundi
Che Will hadir ke pusat pengundian itu dengan ditemani anaknya Hasnah, 72, pada kira-kira pukul 10 pagi dengan menggunakan kerusi roda.