GEORGE TOWN:Universiti Sains Malaysia (USM) menyarankan agar semua pelajar universiti itu yang datang dari Sabah dan zon merah di negeri lain menangguhkan perjalanan balik ke kampus memandangkan penempatan kuarantin di dalam kampus sangat terhad.
Menurut USM dalam kenyataan hari ini, pelajar dari Sabah termasuk zon merah atau tidak dan zon merah bagi negeri-negeri lain boleh mengikuti pengajian secara dalam talian.
"Pelajar baharu (selain dari Sabah atau zon merah negeri-negeri lain) boleh mendaftarkan diri pada 2, 3 dan 4 Okt secara pandu lalu (di kampus USM), manakala pelajar baharu dari Sabah atau zon merah negeri-negeri lain boleh mendaftarkan diri pada 5 Okt secara dalam talian melalui laman web pohon.usm.my atau aplikasi Hebat@USM (Android).
"Bagi pelajar senior selain dari Sabah atau zon merah negeri-negeri lain boleh mendaftar kursus secara dalam talian mengikut jadual yang ditetapkan dan dibenarkan masuk kampus mulai 9 Okt," menurut kenyataan itu.
USM juga meminta semua pelajar membuat deklarasi kesihatan secara dalam talian tiga hari sebelum datang ke kampus dan mereka juga diminta mematuhi panduan pentadbiran dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh universiti.
Menurut kenyataan itu, ibu bapa dan pelajar sahaja dibenarkan datang dengan kenderaan yang akan mendaftar secara pandu lalu dan hanya pelajar sahaja dibenarkan turun bersama bagasi serta barangan manakala ibu bapa tidak dibenarkan sama sekali turun dari kenderaan.
"Bagi semua pelajar dari Sabah dan zon merah negeri-negeri lain, mereka boleh kembali ke kampus apabila Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat pengumuman rasmi tentang status kawasan-kawasan tersebut. Bagi pendaftaran secara dalam talian, SOP berkenaan perkara tersebut akan dimaklumkan dalam masa terdekat," katanya.
Maklumat lanjut berkenaan urusan pendaftaran pelajar baharu, boleh menghubungi Unit Pengambilan Pelajar, Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar di talian 1 300 888 876 / 04-653 3196 / 4663 / 3425 / 2688 atau emel [email protected], atauBahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) di talian 04-653 3106 / 5825 / 5823 / 3482.
Pelajar senior boleh menghubungi BHEPA untuk maklumat lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 29 2020
USM menyarankan agar pelajar universiti itu yang datang dari Sabah dan zon merah di negeri lain menangguhkan perjalanan balik ke kampus. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Hampir 300,000 berdaftar sebagai OKU Pembelajaran - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pada tahun ini hampir 290,000 individu di negara ini dikenal pasti sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) Pembelajaran.
Tarik minat golongan muda sertai STEM perlu kerjasama semua pihak - Zambry
Zambry berkata semua pihak perlu ambil tanggungjawab untuk mewujudkan minat dalam bidang STEM bermula di peringkat sekolah.
Musa letak asas kukuh pengajian sains perubatan, kejuruteraan - USM
Jasa dan sumbangan bekas Naib Canselor USM itu dalam bidang pendidikan amat besar terutama kepada universiti berkenaan.
Bekas Menteri Pendidikan, Musa Mohamad, meninggal dunia
Allahyarham juga merupakan Naib Canselor USM ketiga dari tahun 1982 hingga 1995.
USM berjaya kekalkan status swaakreditasi
Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mengekalkan pengiktirafan sebagai sebuah universiti berstatus swaakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia.
USM bantu perkasa sosioekonomi masyarakat menerusi tanaman Cendawan Volvariella
Cendawan Volvariella dipilih kerana ia bukan saja mudah, murah dan senang untuk diusahakan, tetapi juga mampu menjana hasil lumayan.
USM tawar program akademik berimpak tinggi di Kuala Lumpur
Terletak di tengah bandar raya, USM@KL menawarkan program ijazah tinggi yang kompetitif dan bernilai tinggi.
SPICES USM tempatkan lebih 200 spesimen organ manusia
Universiti Sains Malaysia (USM) membangunkan Galeri Interaktif Sains Perubatan (SPICES) bernilai RM2.4 juta yang menempatkan lebih 200 spesimen manusia, dikatakan yang pertama seumpamanya di Malaysia.
PM ucap tahniah kepada Sivamurugan atas syarahan sempena pelantikan Profesor USM
Semoga saudara dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang serta menyumbang idea dan kepakaran kepada negara, kata Anwar di Twitter.
USM kekal kedudukan keempat terbaik dunia THE Impact Rankings 2023
USM juga unggul di kedudukan pertama dalam Sustainable Development Goals (SDG) SDG16 iaitu Keamanan, Keadilan dan Institusi Kukuh.