awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ustaz Kazim sudah sihat, muka tidak lagi luka, berdarah

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
06/11/2022
05:51 MYT
Ustaz Kazim sudah sihat, muka tidak lagi luka, berdarah
Ustaz Kazim menjelaskan, rawatan itu menggunakan air telaga nabi di dua tempat di Madinah. - Foto Astro AWANI
IPOH: Penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias berkata, beliau kini sudah sihat daripada penyakit kulit yang dihidapinya.
Menurutnya, ia mungkin hasil rawatan alternatif yang dijalani di Madinah selama empat hari, awal bulan September.
Beliau yang terkenal sebagai Ustaz Kazim menjelaskan, rawatan itu menggunakan air telaga nabi di dua tempat di Madinah.
“Pulang daripada itu, alhamdulillah saya punya wajah ok, sudah tidak lagi luka, tidak lagi berdarah…ini sikit saja…yang ni muka saya dah ok dah.
“Kalau tidak, saya kena pakai topeng, saya menghadap orang pun saya segan sebab dia boleh berdarah secara tiba-tiba. 
 
“Apabila saya buat rawatan di sana (Madinah), alhamdulillah sampai sekarang November, syukur banyak-banyak, tak perlu lagi nak pakai krim dan sebagainya untuk menahan luka,” katanya. 
 Beliau bercakap dalam sidang media di Kompleks Darul Barakah, Manjoi di sini, hari ini.
BACA JUGA: Ustaz Kazim dedah sebulan tak boleh kencing, keluar jarum dari perut ketika mandi 
 
Sebelum ini, Ustaz Kazim muncul dengan menutup sebahagian besar mukanya ketika menghadiri beberapa majlis ilmu bagi mengelak wajahnya daripada terkena cahaya matahari. 
 
Penceramah selebriti itu berkata, tindakan itu diambil atas nasihat doktor memandangkan wajahnya tidak boleh terdedah secara terus kepada cahaya matahari. 
 
Ekoran daripada itu, katanya, beliau mendapat beberapa tawaran doktor pakar daripada England, India dan Madinah untuk membantu mengubati penyakitnya.
Topic Berkaitan
#Ustaz Kazim
#penyakit kulit
#rawatan alternatif
#Madinah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan