Kementerian Pendidikan akan menunggu laporan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang berhubung kehilangan seorang ustazah yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Genting di Pulau Pinang pada Isnin lepas.
Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata beliau tidak pasti sama ada kehilangan itu boleh dikaitkan dengan tekanan yang dialami ustazah itu yang dikatakan terpaksa berulang alik sejauh 200 kilometer setiap hari.
"Saya tak pasti, kena lihat laporan JPN dulu. Kita tidak boleh (mendapatkan maklumat) hanya berdasarkan kepada Whatsapp dan Facebook," katanya selepas program Singgah Cakna Menteri Pendidikan bersama Syukur Khamis Kampung Boy dan warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin di sini, hari ini.
BACA: Ustazah sekolah dikhuatiri hilang
Semalam, media melaporkan kehilangan Nur Farhana Ibrahim, 27, yang disedari suaminya selepas ustazah itu tidak pulang ke rumah mereka di Langgar, Kedah pada petang Isnin seperti kebiasaan.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt A. Anbalagan berkata suami mangsa memaklumkan isterinya itu pernah menerima rawatan kemurungan pada tahun 2014 dan ustazah itu dipercayai mengalami kemurungan berikutan terpaksa berulang alik setiap hari dari Langgar (Alor Setar) ke Balik Pulau (Pulau Pinang) untuk mengajar di sekolah berkenaan.
Jarak sehala Langgar ke Balik Pulau ialah kira-kira 100 kilometer dan difahamkan ustazah itu telah banyak kali memohon untuk berpindah ke Kedah supaya lebih dekat dengan keluarganya.
Ditanya sama ada kementerian sedia mengkaji semula sistem pertukaran guru bagi mengelak insiden menimpa ustazah berulang lagi pada masa hadapan, Maszlee berkata beliau memberi perhatian kepada semua guru dan permasalahan mereka.
"Semua guru ada di hati saya, semua anak murid adalah anak saya. Semua adalah wira dan adiwira dan mereka sentiasa di hati saya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 17 2019
Dr Maszlee Malik (gambar) berkata beliau tidak pasti sama ada kehilangan itu boleh dikaitkan dengan tekanan yang dialami ustazah itu yang dikatakan terpaksa berulang alik sejauh 200 kilometer setiap hari.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Cegah jenayah: Kerjasama komuniti kekang jenayah secara holistik
Jelasnya, program seumpama ini diharap dapat memberikan pendedahan tentang pencegahan jenayah dan menzahirkan aspirasi PDRM untuk penglibatan aktif warga komuniti dalam memerangi aktiviti jenayah.
PRK Kuala Kubu Baharu: Boon Lai tarik diri saat akhir
Hasrat Chng Boon Lai menjadi salah seorang calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu tidak kesampaian.
Seorang maut, van bawa pelancong Singapura jatuh cerun di Balik Pulau
Sebuah van persiaran yang membawa sekumpulan pelancong dari Singapura dilaporkan terbabas dan terjunam dari Bukit Genting.
Video tular: Wanita cedera parah ditimpa buah kelapa
Seorang wanita cedera parah selepas sebiji buah kelapa tiba-tiba jatuh lalu menimpanya ketika dia yang sedang membonceng motosikal bersama anaknya.
Jalan di Balik Pulau dilencongkan atasi kesesakan ketika musim durian
Ia berikutan peningkatan kenderaan yang masuk ke daerah itu kerana musim durian dan cuti sekolah ketika ini.
Tanah runtuh berhampiran Pusat Falak Sheikh Tahir
Ekoran itu, bangunan Pusat Falak Sheikh Tahir di Jalan Pantai Acheh, Balik Pulau tidak selamat diduduki buat sementara waktu.
Seorang lagi suspek pecah masuk rumah Datuk Bandar MBPP ditahan
Suspek berusia 32 tahun itu ditahan awal pagi tadi di kawasan Balik Pulau.
Ingkar kuarantin: Lelaki gelang putih didenda RM2,500
Majistret, Khalijah Mohd Khalid menjatuhkan hukuman itu selepas S. Ramesh Kumar, 42, mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.
Empat kes JE di Pulau Pinang negatif
Empat daripada tujuh kes Japanese Encephalitis (JE) yang dilaporkan di Pulau Pinang sejak Januari hingga semalam disahkan negatif, menurut Jabatan Kesihatan (JKN) Pulau Pinang.
Durian dilelong pada harga murah
Peniaga di Jitra, Kedah ambil keputusan jual durian pada harga RM6 hingga RM10 sekilogram.
Penjual durian Pulau Pinang sedia khidmat penghantaran ke pintu rumah
Penjual durian di Pulau Pinang kini menawarkan perkhidmatan penghantaran buah tersebut hingga ke pintu rumah.
Penunggang motosikal maut badan terputus dua dalam kemalangan
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan di jalan bertingkat Lebuhraya Tun Dr Lim Choong Eu, menghala ke Batu Maung, petang Jumaat.