awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usul desak Guan Eng ambil cuti dikemukakan kepada Speaker

Bernama
Bernama
30/04/2017
15:35 MYT
Usul desak Guan Eng ambil cuti dikemukakan kepada Speaker
Usul mendesak agar Lim Guan Eng (gambar) mengambil cuti daripada tugasnya sebagai ketua menteri telah diserahkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang. -Gambar fail
Usul mendesak agar Lim Guan Eng mengambil cuti daripada tugasnya sebagai ketua menteri telah diserahkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata usul itu telah dikemukakan oleh Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid baru-baru ini, untuk mendapat kelulusan untuk dibahaskan dalam persidangan DUN yang akan bermula 19 Mei ini.
Katanya, Jahara turut mengemukakan satu lagi usul supaya semua penjawat awam yang didakwa di mahkamah perlu bercuti sehingga selesai keputusan kes masing-masing.
"Kedua-dua usul itu mempunyai objektif yang sama iaitu penjawat awam yang didakwa harus bercuti supaya tidak menjejaskan perbicaraan kes kerana prinsip itu telah termaktub dalam tatacara penjawat awam," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri, di sini hari ini.
Beliau berharap Speaker boleh meluluskan kedua-dua usul itu supaya ia dapat dibahaskan dalam persidangan kali ini berikutan Lim kini berdepan pendakwaan di mahkamah atas dua tuduhan rasuah.
Lim menghadapi dua tuduhan rasuah iaitu berhubung penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketua Menteri
#Law Choo Kiang
#Lim Guan Eng
#penjawat awam
#Zainal Abidin Osman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan