Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen menarik balik tuduhannya terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Gani berikutan usul yang dikemukakan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
Abdul Karim mengemukakan usul itu bagi mendapatkan pertimbangan daripada Anggota Dewan untuk menggantung Chong daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berbaki sehari selepas Anggota DUN Kota Sentosa itu mengucapkan perkataan 'suapan' terhadap Mohamad Morshidi semasa sidang DUN hari ini.
"Saya menarik balik perkataan 'suapan' tetapi persoalannya adalah semua permohonan untuk penduduk tetap di negeri ini berada di atas meja setiausaha kerajaan negeri," kata Chong, menjawab soalan Speaker Datuk Amar Mohamed Asfia Awang Nasar sekiranya beliau mahu menarik balik perkataan itu.
Semasa berucap pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2018, Chong menuduh setiausaha kerajaan negeri kerana gagal meluluskan permohonan status penduduk tetap di Sarawak dengan berkata:
"Saya tertanya-tanya apa yang setiausaha kerajaan negeri lakukan. Kenapa anda membiarkan ia di pejabat anda? Adakah anda menunggu semua permohonan ini untuk datang kepada anda memberikan anda suapan untuk apa yang sepatutnya anda lakukan?"
Abdul Karim dalam usulnya berkata perkataan 'suapan' digunakan dalam undang-undang jenayah di Malaysia termasuk Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 serta Kanun Keseksaan yang membawa maksud ketidakjujuran dan penyalahgunaan kuasa.
Setelah Chong menarik balik perkataan itu, Speaker membuat keputusan bahawa Chong masih boleh menghadiri sidang DUN esok, iaitu hari terakhir persidangan bagi sesi kali ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 16 2017
Semasa berucap pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2018, Chong (gambar) menuduh setiausaha kerajaan negeri gagal meluluskan permohonan status penduduk tetap di Sarawak. - Gambar fail
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
DAP Sarawak beri jaminan main peranan 'backbenchers' Kerajaan Perpaduan
Kesemua Ahli Parlimen DAP Sarawak memberi jaminan akan memainkan peranan sebagai ahli 'backbenchers' (penyokong) Kerajaan Perpaduan yang ditunjangi Pakatan Harapan (PH) di Dewan Rakyat.
PRU15: PH perlu 12 kerusi Sabah, Sarawak untuk bentuk kerajaan
Chong Chieng Jen berkata, keputusan itu adalah hasil tinjauan yang dilakukan pelbagai institusi penyelidikan jam 6 pagi kelmarin.
PRU15: Pertembungan tiga penjuru di kerusi Parlimen Stampin
Perebutan kerusi Parlimen Stampin menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Gabungan Parti Sarawak (GPS), DAP dan Parti Bumi Kenyalang (PBK).
PRU15: DAP Sarawak muktamadkan senarai lapan calon
DAP Sarawak akhirnya melengkapkan senarai lapan calonnya yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
PRU15: DAP Sarawak akan guna logo roketnya
DAP Sarawak akan terus menggunakan logo roketnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) walaupun parti Pakatan Harapan yang lain menggunakan logo perikatan itu.
PRU15: DAP Sarawak umum calon di lapan kerusi hujung minggu ini
Lapan kerusi itu adalah Bandar Kuching, Stampin, Mas Gading, Serian, Sarikei, Sibu, Lanang and Bintulu.
DAP Sarawak bantah jika PRU15 diadakan ketika bencana banjir
DAP Sarawak membantah dan tidak akan menyokong sebarang cadangan bagi mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika negara berdepan bencana banjir.
PRU15: DAP Sarawak tunggu masa sesuai dedah kerjasama blok pembangkang
Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen enggan mengulas mengenai status rundingan kerjasama antara parti-parti pembangkang di negeri itu termasuk pembahagian kerusi menjelang PRU15.
DUN Sarawak: Pindaan RUU Kanun Tanah tidak menguntungkan rakyat Sarawak - Chong
Usaha Kerajaan Sarawak untuk meminda definisi tanah di dalam Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Tanah tidak akan memberi keuntungan kepada rakyat negeri itu.
PRU15: DAP Sarawak setuju tubuh jawatankuasa rundingan bincang penyatuan pembangkang
Jawatankuasa tersebut akan mengetuai proses penyatuan parti pembangkang bersama DAP Sarawak dengan agenda untuk menumbangkan PN, BN dan GPS.