awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: DAP Sarawak akan guna logo roketnya

Bernama
Bernama
23/10/2022
08:43 MYT
PRU15: DAP Sarawak akan guna logo roketnya
Chong berkata DAP akan bertanding bagi mempertahankan enam kerusi di Sarawak yang telah mereka menang pada PRU14, dan cuba untuk memenangi lebih lagi. - Fail/BERNAMA
SIBU: DAP Sarawak akan terus menggunakan logo roketnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) walaupun parti Pakatan Harapan yang lain menggunakan logo perikatan itu.
Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata keputusan itu bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengundi di negeri itu, kerana mereka telah biasa dengan logo roket.
"Saya rasa pengundi Sarawak telah biasa dengan logo roket, jadi saya tidak rasa akan ada sebarang kekeliruan," katanya kepada media selepas pelancaran bilik operasi DAP Sibu di sini hari ini.
Ikuti semua perkembangan mengenai PRU15 DI SINI!
Sementara itu Chong berkata DAP akan bertanding bagi mempertahankan enam kerusi di Sarawak yang telah mereka menang pada PRU14, dan cuba untuk memenangi lebih lagi.
Kerusi-kerusi tersebut ialah Mas Gading, Bandar Kuching, Stampin, Lanang, Sibu dan Sarikei.
"Kami akan mempertahankan enam kerusi dan bertanding di dua lagi kerusi yang kami belum menangi iaitu Serian dan Bintulu," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 19 Nov sebagai tarikh mengundi, manakala penamaan pada 5 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia Memilih
#PRU15
#DAP Sarawak
#Chong Chieng Jen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan