awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
“Nak mohon maaf dengan siapa?" - Fikiran Ziana kosong, Aidilfitri akan terasa sunyi
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82

Usul tuntutan Sulu: Diberi taklimat malam ini, MP pembangkang, Bebas persoal kenapa kerajaan buat di ballroom hotel?

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
21/07/2022
06:15 MYT
Usul tuntutan Sulu: Diberi taklimat malam ini, MP pembangkang, Bebas persoal kenapa kerajaan buat di ballroom hotel?
Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching mengakui menerima surat jemputan hadiri taklimat malam ini, namun tidak dapat dikongsi kerana ia dicop sebagai rahsia. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pembangkang dan Bebas akan diberikan taklimat secara tertutup berhubung isu tuntutan waris Sultan Sulu pada jam 8.30 malam ini di sebuah hotel di ibu negara.
Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching mengakui menerima surat jemputan hadiri taklimat malam ini, namun tidak dapat dikongsi kerana ia dicop sebagai rahsia.
Taklimat tersebut menyusul selepas beberapa hari persidangan Dewan Rakyat kecoh susulan usul membahaskan tuntutan waris Sultan Sulu ditolak.
"Semalam, saya percaya semua Ahli Parlimen di blok pembangkang dan Bebas telah menerima satu 'surat cinta' daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM). Tetapi saya tidak boleh dedahkan kepada rakan wartawan kerana ia dicop rahsia.
"Bagaimana satu surat jemputan itu boleh menjadi rahsia, saya perlukan menteri untuk menjelaskan kepada kami...," katanya dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini.
BACA: Usul tuntutan Sulu: Khalid gesa Speaker yakin menteri boleh jawab tanpa dedah strategi
Mengulas lanjut, Nie Ching berkata sesi taklimat tersebut akan disampaikan oleh Menteri di JPM (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Menteri di JPM (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Katanya, sebaik taklimat tersebut selesai, satu sesi soal jawab dijangka diadakan.
Bagaimanapun, Nie Ching mempertikaikan tindakan untuk mengadakan perbincangan tersebut di sebuah hotel bertaraf lima bintang, yang disifatkan sebagai membazir sedangkan Dewan Rakyat boleh dijadikan sebagai medan perbincangan.
"Bukankah sekarang ini kerajaan kata nak jimat kos kerana kos sara hidup semakin tinggi, buat apa kita bazir sewa ballroom? Kita tak guna pakai fasiliti sedia ada iaitu Parlimen dan Dewan Rakyat.
"Mana ada platform lagi bagus untuk mendengar taklimat atau penjelasan daripada menteri-menteri?," soalnya lagi.
Isnin lalu, Dewan Rakyat kecoh selepas Ahli Parlimen pembangkang tidak berpuas hati mengenai usul berhubung tuntutan waris Sultan Sulu ke atas Sabah yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis ditolak sebanyak tiga kali oleh Yang Dipertua, Tan Sri Azhar Azizan Harun.
Begitupun, Azhar semalam menjelaskan pendirian beliau untuk menolak usul tersebut kerana ia bersifat subjudis dan perbahasan usul tersebut boleh mendedahkan strategi perundangan kerajaan kepada pihak lawan.
Topic Berkaitan
#Tuntutan waris Sultan Sulu
#Dewan Rakyat kecoh
#Taklimat tuntutan Sultan Sulu
#berita hari ini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.