MALAYSIA
Utamakan jururawat tempatan - Pas Johor

Pas Johor mencadangkan penyerapan petugas kontrak ke jawatan tetap, semakan gaji dan elaun, serta pemerkasaan latihan kejururawatan sebagai langkah jangka panjang. - Gambar hiasan/Bernama
JOHOR BAHRU: Pas Johor menggesa kerajaan memberi keutamaan kepada kebajikan dan masa depan jururawat tempatan walaupun memahami langkah membawa masuk jururawat dari Indonesia sebagai penyelesaian jangka pendek krisis kekurangan tenaga kerja dalam sektor kesihatan.
Ringkasan AI
- Pas Johor Tegaskan Keutamaan Jururawat Tempatan: Pas Johor menggesa kerajaan utamakan kebajikan jururawat tempatan dan tidak bergantung lama kepada jururawat luar seperti dari Indonesia.
- Kebimbangan Terhadap Moral & Reformasi: Langkah import jururawat dilihat melemahkan semangat petugas kesihatan tempatan dan mengabaikan isu sebenar seperti skim gaji, beban kerja dan status kontrak.
- Cadangan Tindakan Strategik: Pas Johor mencadangkan penyerapan petugas kontrak ke jawatan tetap, semakan gaji dan elaun, serta pemerkasaan latihan kejururawatan sebagai langkah jangka panjang.Kalau Roshdi nak saya bandingkan cadangan PAS ini dengan dasar sedia ada KKM atau pelan reformasi kesihatan nasional, saya boleh bantu buat analisis ringkas.
“Sampai bila kita harus bergantung pada penyelesaian sementara yang berisiko menggadaikan kedaulatan dan maruah negara dalam jangka panjang?” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Abu Irfan turut membangkitkan kebimbangan bahawa langkah itu boleh melemahkan semangat petugas kesihatan tempatan.
Katanya, berdasarkan laporan media, seramai 1,394 jururawat dan 705 doktor telah meletak jawatan dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, menandakan wujudnya masalah mendalam yang perlu diatasi.
“Tindakan mengimport pekerja luar tanpa menyelesaikan punca ‘pendarahan bakat’ ini seolah-olah memberitahu mereka yang masih bertahan bahawa pengorbanan mereka tidak dihargai. Ini adalah tamparan hebat kepada moral mereka,” tegasnya.
Beliau turut memberi amaran bahawa langkah tersebut boleh mengabaikan keperluan reformasi sebenar dalam sektor kesihatan seperti skim gaji yang lebih kompetitif, pengurangan beban kerja melampau, dan penyelesaian isu kontrak.
“Kita tidak merawat penyakitnya, kita cuma menyembunyikan simptomnya,” katanya.
Pas Johor turut menggariskan tiga langkah utama yang perlu diambil kerajaan, iaitu menyelesaikan isu petugas kontrak dengan penyerapan segera ke jawatan tetap, memartabatkan profesion kejururawatan melalui kajian semula gaji dan elaun, serta memperkasa latihan dan pendidikan kejururawatan tempatan.
“Pas Johor tidak menolak langkah darurat secara membuta tuli, tetapi kami menolak sekeras-kerasnya penyelesaian sementara yang menggadaikan masa depan negara. Sudah tiba masanya kerajaan membuktikan komitmen mereka kepada anak watan,” katanya lagi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami