UTM, Perodua kerjasama bangunkan Program Kampus Mobiliti Pintar

Program Kampus Mobiliti Pintar dibangunkan UTM menerusi kerjasama strategik dengan Perodua, direka untuk meningkatkan mobiliti kampus dan keselamatan pelajar. - Foto UTM
KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mencatat satu pencapaian penting menerusi prapelancaran Program Kampus Mobiliti Pintar, inisiatif yang bertujuan meningkatkan keselamatan dan mobiliti pelajar serta memperkukuh kerjasama antara akademia dan industri,
Ringkasan AI
- UTM mencatat kejayaan dengan prapelancaran Program Kampus Mobiliti Pintar bagi meningkatkan keselamatan dan mobiliti pelajar serta memperkukuh kerjasama antara akademia dan industri.
- Program ini melibatkan kerjasama strategik dengan Perodua untuk meningkatkan mobiliti kampus, keselamatan pelajar, dan memberikan pendedahan dalam pembangunan syarikat pemula serta kejuruteraan aplikasi.
- Prototaip kenderaan pintar yang dilengkapi dengan teknologi IoT telah dibangunkan di bawah fasa pertama, dengan perancangan untuk memperluas program ke seluruh negara dalam fasa kedua setelah penilaian oleh pihak pengurusan Perodua.
"Pihak kepimpinan UTM melihat program ini sebagai penanda aras berpotensi bagi integrasi kampus pintar, keusahawanan belia dan pembangunan infrastruktur pengangkutan lestari, serta memperkukuh peranan universiti dalam membentuk ekosistem pendidikan tinggi yang bersedia menghadapi masa hadapan yang dipacu teknologi.
"Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan pelan strategik UTM ASCEND 2030, Program Kampus Mobiliti Pintar ini mencerminkan komitmen UTM dalam memupuk inovasi yang bertanggungjawab dan berteraskan nilai, demi memperkasa kesejahteraan masyarakat, kelestarian serta kemajuan nasional menerusi kerjasama berkesan antara akademia dan industri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Program yang dibangunkan menerusi kerjasama strategik dengan pengeluar automatif nasional, Perodua, direka untuk meningkatkan mobiliti kampus dan keselamatan pelajar, selain memberikan pendedahan langsung dalam pembangunan syarikat pemula, kejuruteran aplikasi dan sistem pengurusan pintar.
Pada sesi tersebut, ketua projek Dr Zulhasni Abdul Rahim membentangkan kemajuan tiga prototaip kenderaan pintar yang dibangunkan di bawah fasa satu, yang dilengkapi teknologi berasaskan Internet Benda (IoT) serta ciri kawalan pintar diintegrasikan melalui aplikasi mudah alih khas yang dibangunkan oleh pelajar UTM.
Demonstrasi secara langsung turut diadakan bagi mempamerkan capaian dan kawalan jarak jauh masa nyata, sekali gus menonjolkan impak praktikal inovasi yang diterajui pelajar itu.
Program tersebut dijadualkan memasuki fasa kedua, dengan penambahan 12 kenderaan pintar, tertakluk kepada kejayaan penilaian fasa satu oleh pihak pengurusan Perodua, dengan perancangan jangka panjang untuk diperluaskan ke luar UTM serta mewujudkan ekosistem mobiliti pintar di kampus seluruh negara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


