awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin AstraZeneca: Ramai syukur berjaya buat tempahan sukarela

Astro Awani
Astro Awani
02/05/2021
05:33 MYT
Vaksin AstraZeneca: Ramai syukur berjaya buat tempahan sukarela
Untuk rekod, Malaysia telah menerima 268,800 dos vaksin COVID-19 AstraZeneca pada minggu lalu. - Gambar fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Ramai penduduk Selangor dan Kuala Lumpur melahirkan rasa syukur kerana dapat membuat pendaftaran sukarela untuk mendapatkan vaksin AstraZeneca.
Tinjauan di laman Twitter mendapati rata-rata yang berjaya menetapkan tarikh mengambil tangkap layar makluman 'Tahniah' di laman pendaftaran berkenaan.
Pusat Pemberian Vaksin (PPV) khas untuk program ini meliputi Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL); Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC); Dewan 1, Bangunan Peperiksaan Universiti Malaya (UM); dan Dewan Gemilang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Individu yang layak, boleh memohon mana-mana tarikh janji temu antara 5 Mei hingga 5 Jun depan bagi WTCKL, manakala IDCC pula 24 Mei hingga 6 Jun.
Sementara pilihan tarikh janji temu untuk Dewan 1 Bangunan Peperiksaan UM dan Dewan Gemilang UKM ialah antara 5 Mei hingga 6 Jun depan.
Sebelum ini, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata proses pendaftaran secara sukarela dan terbuka bagi individu yang layak serta berumur 18 tahun ke atas untuk tujuan itu, akan bermula jam 12 tengah hari ini.
Individu yang ingin memohon suntikan pelalian AstraZeneca pula hanya dibenarkan untuk memilih satu tarikh janji temu dan PPV khas.
Pada 28 April lepas, Khairy berkata, Kerajaan akan memulakan pemberian vaksin COVID-19 jenis AstraZeneca kepada pemohon sukarela menerusi PPV khas.
Jelasnya lagi, tindakan berkenaan diambil bagi mempertimbangkan kegusaran rakyat mengenai keselamatan vaksin itu.
Untuk rekod, Malaysia telah menerima 268,800 dos vaksin COVID-19 AstraZeneca pada minggu lalu.
Tambahnya lagi, permohonan itu terbuka kepada 268,000 orang berdasarkan siapa cepat dia dapat melalui website www.vaksincovid.gov.my.
finally got it after trying random dates and different places. this is like lottery to get into Tokyo Marathon #AstraZeneca
— Hana H (@hanasuebanana) May 2, 2021
Cant believe actually got in????? I have been staring at this screen for 10 Minutes!!!? #AstraZeneca @JKJAVMY pic.twitter.com/5RrYwHj4Ys
— ymn (@itsymn) May 2, 2021
Suka main perasaan kan @Khairykj? At 12:02 was fully booked and at 12:24pm this went through. Booked on 17/5/21 at WTCKL#AstraZeneca pic.twitter.com/b311VoC5H2
— Sofia Yusof (@sofiarayyan1) May 2, 2021
That was damn stressful. You may want to talk to your developers @Khairykj. Finally got mine after 20 mins. Can't get a slot at UMMC. Alhmadullilah got one on 15/5 at PWTC.#astrazeneca #AstraZenaca
— Hanim Shukor (@HanimShukor) May 2, 2021
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Twitter
#PWTC
#UM
#COVID-19
#AstraZeneca
#vaksin
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan