awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: 32 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan

Bernama
Bernama
26/05/2022
02:10 MYT
Vaksin COVID-19: 32 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,911,110 atau 93.6 peratus telah lengkap divaksin. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 1,137,100 atau 32 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak COVID-19 Kebangsaan (PICKids), setakat semalam.
Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 1,687,515 atau 47.5 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,911,110 atau 93.6 peratus telah lengkap divaksin, manakala 3,007,571 atau 96.7 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sementara itu, 16,087,068 atau 68.4 peratus orang dewasa di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak, 22,973,652 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,249,948 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sebanyak 9,958 dos harian diberikan semalam meliputi 2,100 suntikan penggalak, 4,068 dos kedua dan 3,790 dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 70,839,946.
Portal Github Kementerian Kesihatan melaporkan enam kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan tiga kes di Johor dan masing-masing satu kes di Sabah, Sarawak dan Putrajaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#Kanak-kanak
#PICKids
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan