awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Golongan gelandangan di Terengganu tidak diabaikan

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
27/06/2021
00:32 MYT
Vaksin COVID-19: Golongan gelandangan di Terengganu tidak diabaikan
Suntikan itu akan dilakukan sebaik Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu menerima bekalan vaksin berkenaan. - Astro AWANI
HULU TERENGGANU: Nasib golongan gelandangan di Terengganu tidak diabaikan dan mereka juga tetap akan menerima suntikan vaksin seperti individu yang lain.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata pihaknya akan memberikan suntikan satu dos seperti vaksin jenis CanSino kepada golongan terbabit.
Katanya vaksin jenis yang sama juga turut akan diberikan kepada banduan, Orang Asli serta penduduk di kawasan pulau.
"Terdapat kelompok-kelompok tertentu yang kita rasa sesuai diberikan vaksin satu dos atau 'single dose'.
"Ini kerana kita bimbang ia akan menyukarkan mereka untuk mendapatkan suntikan kali kedua dos vaksin," katanya.
Beliau berkata suntikan itu akan dilakukan sebaik pihaknya menerima bekalan vaksin berkenaan.
Jelasnya lagi pemberian vaksin jenis ini lebih mudah untuk rakyat dan pihaknya mengendalikan suntikan tersebut.
Terdahulu Dr Nor Azimi berkata pihaknya mensasarkan 80 peratus imuniti kelompok di negeri itu dapat dicapai sebelum kedatangan musim tengkujuh pada Oktober depan.
Pihaknya optimis ianya dapat direalisasikan dengan pertambahan bekalan vaksin yang akan diterima pada bulan hadapan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#gelandangan
#terengganu
#CanSino
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan