awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Hampir 50 peratus populasi dewasi terima dos penggalak

Bernama
Bernama
28/01/2022
02:53 MYT
Vaksin COVID-19: Hampir 50 peratus populasi dewasi terima dos penggalak
Statistik harian menunjukkan sejumlah 203,613 dos vaksin telah diberikan semalam. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Seramai 199,251 dewasa telah menerima suntikan dos penggalak COVID-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif populasi dewasa yang diberikan suntikan penggalak di negara ini kepada 11,531,403 atau 49.3 peratus.
Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW Kementerian Kesihatan (KKM), sejumlah 22,921,716 atau 97.9 peratus daripada populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,199,172 individu atau 99.1 peratus daripada golongan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.
Bagi populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, seramai 2,785,992 individu atau 88.5 peratus telah menamatkan vaksinasi mereka, manakala 2,866,545 individu atau 91.1 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Statistik harian itu juga menunjukkan bahawa sejumlah 203,613 dos vaksin telah diberikan semalam, melibatkan 1,660 dos pertama dan 2,702 dos kedua, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kepada 63,100,577.
Sementara itu, menurut portal Github KKM, 10 kematian COVID-19 dilaporkan semalam dengan Selangor mencatatkan tiga kes, Kelantan dan Kuala Lumpur masing-masing dua kes, manakala Johor, Perak dan Sarawak masing-masing satu kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#dos penggalak
#PICK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan