awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Jangan hadir ke PPV jika tiada janji temu - Khairy

Hilmi Malik
Hilmi Malik
25/05/2021
07:24 MYT
Vaksin COVID-19: Jangan hadir ke PPV jika tiada janji temu - Khairy
Tindakan hadir tanpa membuat sebarang janji temu akan mengakibatkan kesesakan dan bakal menimbulkan lagi risiko jangkitan COVID-19, kata Khairy Jamaluddin. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Orang ramai yang tidak memperoleh sebarang janji temu bagi tujuan mendapatkan vaksin COVID-19 disarankan untuk tidak hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, tindakan sedemikian tidak mustahil dapat menimbulkan lagi jangkitan wabak berkenaan.
“Kalau mereka datang pada hari yang tiada janji temu ini akan tingkatkan (berlaku) jangkitan COVID-19 akibat kesesakan yang tidak dapat dikawal.
“Sebab itu saya merayu kepada orang ramai jangan datang ke PPV sekiranya tiada janji temu yang telah dihantar menerusi MySejahtera atau tidak menerima panggilan pada hari tersebut," kata beliau dalam sidang media perkembangan PICK pada Selasa.
Jelas Khairy lagi, ini disebabkan ada sebahagian daripada pendaftar vaksin yang masih lagi berada di bawah senarai menunggu.
Selain itu, beliau turut memaklumkan, setiap PPV telah dibekalkan senarai nama penerima vaksin sebelum panggilan dibuat kepada mereka untuk hadir bagi proses suntikan vaksin.
Sebelum ini, terdapat keluhan beberapa pihak bahawa tidak dipanggil untuk menerima vaksin sedangkan pendaftaran telah dibuat pada peringkat awal.
Hal itu mengakibatkan ada sesetengah pihak yang hadir ke PPV untuk mendapatkan vaksin walaupun tiada membuat sebarang janji temu.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#Pusat Pemberian Vaksin
#PPV
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#Khairy Jamaluddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan