awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Jumlah suntikan seluruh negara kini lebih 4.49 juta

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
14/06/2021
02:42 MYT
Vaksin COVID-19: Jumlah suntikan seluruh negara kini lebih 4.49 juta
Jumlah kumulatif penerima vaksin dos pertama setakat 13 Jun ialah 3.13 juta, manakala dos kedua ialah 1.35 juta. -Bernama
KUALA LUMPUR: Jumlah suntikan harian vaksin COVID-19 negara pada 13 Jun ialah 128,912.
Ia menyaksikan penurunan tiga hari berturut-turut selepas mencapai sasaran 150,000 suntikan harian pada 8 Jun lalu.
Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19, jumlah suntikan harian itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin seluruh negara setakat ini ialah 4.49 juta.
Menerusi infografik dikongsikan di Twitter rasmi JKJAV, jumlah harian melibatkan individu yang telah menerima dos kedua iaitu 26,704.
Manakala pemberian harian dos pertama pada 13 Jun ialah 102,208.
Jumlah kumulatif penerima vaksin dos pertama setakat 13 Jun ialah 3.13 juta, manakala dos kedua ialah 1.35 juta.
Jumlah pemberian kumulatif vaksin setakat 13 Jun Daftar untuk vaksinasi: https://t.co/m1joWOSGde#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/qFjFdOH0eb
— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) June 14, 2021
Jumlah pemberian vaksin pada 13 Jun Daftar untuk vaksinasi: https://t.co/m1joWOSGde#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/bZJdIOvdkU
— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) June 14, 2021
Pecahan jumlah pendaftaran terkini mengikut negeri pada pukul 11.59pm semalam. Daftar untuk vaksinasi sekarang: https://t.co/m1joWOSGde #LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/pVRp9Kr66l
— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) June 14, 2021
Negeri yang paling tinggi jumlah pemberian vaksin COVID-19 ialah Kuala Lumpur dengan lebih 552,000.
Ini diikuti Selangor dengan lebih 462,000 dan Sarawak dengan jumlah lebih 324,000 yang telah divaksinasi.
Sementara itu, jumlah pendaftaran vaksin setakat 13 Jun ialah 13.78 juta atau 56.80 peratus dengan Selangor mencatatkan pendaftaran tertinggi 3.5 juta.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#suntikan
#dos pertama
#dos kedua
#JKJAV
#vaksinasi
#Penerima Vaksin
#Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan