awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Malaysia ambil maklum kesan samping AstraZeneca, keselamatan diutamakan

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
08/04/2021
02:03 MYT
Vaksin COVID-19: Malaysia ambil maklum kesan samping AstraZeneca, keselamatan diutamakan
Jelasnya Khairy Malaysia masih mempunyai masa untuk membuat keputusan memandangkan vaksin AstraZeneca akan tiba ke negara ini daripada kemudahan COVAX bulan depan. - Foto REUTERS
KUALA LUMPUR: Malaysia mengambil maklum mengenai kesan sampingan yang dilaporkan mengenai vaksin COVID-19 AstraZeneca.
Serentak itu, kerajaan akan putuskan sama ada akan menggunakan vaksin itu atau sebaliknya.
Kenyataan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin menyusul pendedahan Agensi Ubatan Eropah (EMA) mengenai kes pembekuan darah susulan penerimaan dos vaksin AstraZeneca sebagai kesan sampingan yang boleh berlaku.
We take note of EMAs announcement on the AstraZeneca vaccine. @JKJAVMY will deliberate on the matter and decide if we will go ahead with using AZ in our portfolio of vaccines. Safety is paramount. https://t.co/ZRXSKTvvR2
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) April 8, 2021
Dalam ciapannya di laman Twitter, Khairy membuat hantaran semula mengenai saranan EMA itu dengan mengatakan, keselamatan pengguna sentiasa menjadi keutamaan.
Katanya, Malaysia akan terus mengikuti rapat dan membuat penilaian sebelum sebarang keputusan dibuat.
BACA: Vaksin AstraZeneca: Pembekuan darah kesan sampingan sangat jarang berlaku - EMA
Pada Rabu, Khairy menyatakan, Malaysia akan putuskan sama ada akan meneruskan penggunaan vaksin AstraZeneca dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) selepas menerima hasil dapatan EMA mengenai vaksin tersebut.
BACA: Malaysia tunggu laporan EMA sebelum putuskan vaksin AstraZeneca - Khairy
Katanya, laporan oleh agensi Kesatuan Eropah (EU) itu akan menetukan sama ada penggunaan vaksin itu ada kaitan dengan pembekuan darah (Thrombosis) atau tidak.
Malaysia jelasnya masih mempunyai masa untuk membuat keputusan memandangkan vaksin AstraZeneca akan tiba ke Malaysia daripada kemudahan COVAX bulan depan.
Pada Disember 2020, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan telah menandatangani perjanjian dengan syarikat farmaseutikal AstraZeneca bagi memperoleh 6.4 juta dos vaksin COVID-19.
Topic Berkaitan
#vaksin
#COVID-19
#AstraZeneca
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#Kesatuan Eropah
#Khairy Jamaluddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan