awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Warga emas, penerima Sinovac perlu dapat dos penggalak selewatnya Feb 2022

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
16/12/2021
04:10 MYT
Vaksin COVID-19: Warga emas, penerima Sinovac perlu dapat dos penggalak selewatnya Feb 2022
Khairy Jamaluddin berkata, sekiranya gagal, status vaksinasi mereka akan ditukarkan menjadi tidak lengkap. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Semua populasi berusia 60 tahun ke atas dan melengkapkan vaksinasi, tanpa mengira jenis vaksin serta penerima vaksin Sinovac yang berusia 18 tahun ke atas perlu mendapatkan dos penggalak selewat-lewatnya Februari tahun depan.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, sekiranya gagal, status vaksinasi mereka akan ditukarkan menjadi tidak lengkap.
"Sekiranya kumpulan individu yang dinyatakan masih tidak mendapatkan suntikan dos penggalak selepas bulan Februari 2022, status vaksinasi akan ditukarkan menjadi tidak lengkap," katanya pada sidang media di Parlimen di sini, pada Khamis.
Sehubungan itu, Khairy memberitahu, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega akan diwujudkan semula bagi mempercepatkan pelaksanaan program pemberian dos penggalak. Langkah ini akan dimulakan di Lembah Klang.
Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan akan mengumumkan lebih banyak negara berisiko tinggi yang akan dimasukkan dalam senarai dalam negara berisiko tinggi dengan terbaharu Nigeria dimasukkan.
COVID-19 | Populasi 60 tahun, Sinovac perlu dapatkan dos penggalak
Menurutnya, pengembara dari negara-negara itru akan dipakaikan gelang pengawasan digital sepanjang tempoh kuarantin.
"Bagi pengembara yang kembali dari United Kingdom (UK) mesti lakukan ujian pengesanan kendiri setiap hari sepanjang menjalani tempoh kuarantin dan melaporkan keputusan ujian tersebut dalam aplikasi MySejahtera, iaitu tujuh hari bagi yang telah lengkap vaksinasi dan 10 hari bagi yang tidak lengkap vaksinasi," jelasnya.
Lapan negara yang dikenakan sekatan kemasukkan adalah Afrika Selatan, Botswana, Mozambique, Namibia, Malawi, Zimbabwe, Lesotho dan Estwatini.
Sementara sembilan negara yang disenaraikan sebagai negara berisiko tinggi dan memerlukan pengembara memakai peranti pengesanan digital adalah UK, Amerika Syarikat (AS), Denmark, Australia, Perancis, Norway, Kanada, India dan Nigeria.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Kementerian Kesihatan
#COVID-19
#dos penggalak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan