awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin diberikan kepada petugas media NUJ, Sabah dan Sarawak Mei ini - Khairy

Isabelle Leong
Isabelle Leong
28/04/2021
06:21 MYT
Vaksin diberikan kepada petugas media NUJ, Sabah dan Sarawak Mei ini - Khairy
Kerajaan telah bersetuju meletakkan pengamal media dalam senarai keutamaan menerima vaksin COVID-19, tertakluk kepada bekalan vaksin mencukupi. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Pengamal media yang menganggotai Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) dan persatuan wartawan Sabah dan Sarawak akan menerima suntikan vaksin COVID-19 mulai Mei ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata tindakan itu diambil susulan menerima senarai petugas media di bawah NUJ dan persatuan wartawan Sarawak dan Sabah.
“Saya dan Dr Adham telah menerima senarai 1,500 petugas media di bawah NUJ dan persatuan wartawan Sarawak dan Sabah.
“Sukacita saya dan Dr Adham mengumumkan bahawa kami akan memulakan vaksinasi kepada para petugas media pada Mei ini,” katanya pada sidang media Mingguan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF).
Sebelum ini, Khairy berkata kerajaan telah bersetuju meletakkan pengamal media dalam senarai keutamaan menerima vaksin COVID-19, tertakluk kepada bekalan vaksin mencukupi.
Topic Berkaitan
#vaksin
#COVID-19
#pengamal media
#kesatuan kebangsaan wartawan
#NUJ
#Sabah
#Sarawak
#Khairy Jamaluddin
#PICK
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan