awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengerusi PN tidak boleh dimansuhkan berdasarkan Perlembagaan - Sanusi
PKS 2026: Optimis berhati-hati, VM2026 jadi pemangkin - Maybank
Lebih 84,000 kes harta pusaka kecil bernilai RM19 bilion berjaya diselesai tahun lepas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin: Sesak di WTCKL, orang ramai dimohon ikut masa ditetapkan - Irmohizam

Fareez Azman
Fareez Azman
15/05/2021
09:53 MYT
Vaksin: Sesak di WTCKL, orang ramai dimohon ikut masa ditetapkan - Irmohizam
Persiapan di WTCKL telah dilakukan lebih awal, namun jumlah kehadiran meningkat apabila penerima vaksin yang tiba terlalu awal daripada janji temu menyebabkan kesesakan berlaku.- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Operasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AstraZeneca (AZ) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini berjalan dengan lancar sejak pagi sehingga sebelah petang tadi.
Menurut Pengarah Eksekutif WTCKL, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim, meskipun berlaku sedikit isu teknikal pada sebelah pagi, namun ia berjaya diatasi sejam kemudian.
"Saya akui pada sebelah pagi ada wujud kesesakan di ruangan pintu masuk utama WTC disebabkan sepatutnya apabila waktu diperuntukkan sebagai contoh 11.00 pagi tetapi mereka datang 9.00 pagi.
"Jadi pihak kami sedang bekerjasama dengan PDRM dan termasuk CITF memastikan penjarakan sosial dan kita akan cuba memperbaiki keadaan penjarakan sosial supaya akan lebih lancar hari esok," katanya ketika ditemubual Astro AWANI di sini hari ini.
Jelasnya, persiapan telah dilakukan lebih awal, namun jumlah kehadiran meningkat apabila penerima vaksin yang tiba terlalu awal daripada janji temu menyebabkan kesesakan berlaku.
"Ada beberapa perkara yang saya minta dilakukan penambahbaikan dan akan dilakukan secepat mungkin bermula malam ini dan hari esok.
"Paling penting kita hendak pastikan penjarakan sosial, keselesaan dan pengunjung dapat pengalaman baharu di WTCKL apabila mereka berada di sini," jelasnya lagi.
Nada sama ditegaskan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin yang meminta agar setiap penerima mengikut masa ditetapkan.
Kali ini penerima vaksin perlu menjalani enam langkah sebelum selesai divaksinasi. Terdapat tiga stesen yang disediakan iaitu stesen 1,2 dan 3.
Penerima kemudiannya akan diberikan nombor giliran sebelum ke kaunter konsultasi dan vaksinasi dilaksanakan. Mereka kemudiannya akan dipantau selama kira-kira 15 hingga 30 minit di Pusat Pemantauan di Dewan Merdeka sebelum dibenarkan pulang.
Ini merupakan hari pertama dalam sejarah negara menyaksikan pemberian vaksin dilaksanakan secara besar-besaran sejak pandemik COVID-19 melanda negara.
Ia akan berlangsung selama lima hari bermula hari ini dengan kapasiti sebanyak 8,100 suntikan vaksin AstraZeneca sehari.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#PDRM
#Merdeka
#Kuala Lumpur
#vaksin
#Pusat Pemberian Vaksin
#AstraZeneca
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#PPV
#pandemik
#Astro Awani
#COVID-19
#penjarakan sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan