awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin Sinovac: Selain Malaysia, negara mana yang gunakannya?

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
17/03/2021
03:13 MYT
Vaksin Sinovac: Selain Malaysia, negara mana yang gunakannya?
Presiden Indonesia Joko Widodo penerima dos pertama Sinovac di republik itu. - YouTube/Sekretariat Presiden
KUALA LUMPUR: Malaysia akan mula menggunakan vaksin Sinovac keluaran China bermula Khamis (18 Mac) dengan suntikan pertama akan dibuat di Hospital Rembau, Negeri Sembilan, kata Menteri Penyelarasan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin.
Media antarabangsa melaporkan, lebih 17 negara sudah membeli dan memulakan suntikan vaksin dari China termasuk Sinovac.
Disenaraikan di bawah adalah beberapa negara yang telah mendapatkan Sinovac.
Turki
Menteri Kesihatan Turki, Fahrettin Koca menjadi orang pertama di Turki yang menerima vaksin tersebut diikuti Presiden Turki Tayyip Erdogan. Lebih daripada 250,000 orang Turki telah diberi vaksin di Turki setakat ini. Turki telah bersetuju untuk membeli 50 juta dos vaksin berkenaan, lapor Reuters.
BACA: Khairy terima suntikan vaksin Sinovac 18 Mac di Hospital Rembau
BACA: Ikuti perkembangan berita terkini vaksin COVID-19. KLIK di sini
Indonesia
Presiden Indonesia, Joko Widodo menerima dos pertama Sinovac. Duta Besar Indonesia ke China Djauhari Oratmangun berkata, kepercayaan Indonesia terhadap vaksin Sinovac bertambah selepas Widodo menerima suntikan, dan mereka berkongsi sentimen yang sama dengan Widodo.
Filipina
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte juga memuji vaksin buatan China, dengan mengatakan ia sama baiknya dengan vaksin yang dibangunkan oleh Amerika dan Eropah, lapor Reuters.
"Orang China semuanya bijak. Mereka tidak akan berani (menghasilkan vaksin) jika tidak pasti ia selamat," kata Duterte.
[INFOGRAFIK] Vaksin Sinovac apa yang anda perlu tahu?
Algeria
Algeria memutuskan untuk membeli vaksin itu dan sudah memulakan kempen vaksinasi pada penghujung Januari lalu.
Ukraine
Ukraine menandatangani perjanjian dengan Sinovac untuk membeli 5 juta dos vaksin, sekaligus menjadi satu-satunya pembekal vaksin ke Ukraine setakat ini.
Vaksin COVID-19 | Menjelang vaksinasi SINOVAC pertama 18 Mac ini
Topic Berkaitan
#Sinovac
#vaksin
#Indonesia
#Turki
#Filipina
#Algeria
#China
#COVID-19
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#Muhyiddin Yassin
#Khairy Jamaluddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan