RANAU: Petugas Gunung Kinabalu terutama malim gunung menyifatkan suntikan vaksin yang diberi pada program vaksinasi bagi kumpulan itu sebagai langkah mempersiap mereka untuk menerima pelancong dalam norma baharu nanti.
Suzana Bulangai, 48, berkata vaksinasi sangat penting bukan hanya untuk melindungi diri mereka daripada jangkitan wabak tetapi juga kepada pelancong yang dibawa mendaki Gunung Kinabalu nanti.
"Vaksin ini amat penting kerana risiko jangkitan ada, jadi vaksin ini sebagai perlindungan," kata malim gunung wanita itu kepada Bernama selepas program vaksinasi dekat sini pada Khamis.
Pada program anjuran Taman Taman Sabah (TTS) dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Ranau di Taman Kinabalu, Kundasang itu, kira-kira 300 individu terdiri daripada malim gunung, porter dan kakitangan TTS menerima suntikan vaksin COVID-19 dengan seramai 60 petugas kesihatan mengendalikan proses vaksinasi.
Seorang lagi malim gunung, Ehing Sakumbang, 47, berterima kasih kepada TTS atas usaha itu kerana ia dapat memudahkan mereka yang terlibat dalam sektor pelancongan menerima suntikan vaksin secepat mungkin.
"Ini inisiatif yang bagus kerana ia sebagai persediaan kami sebelum aktiviti pendakian dibuka semula dan dalam masa sama dapat melindungi diri daripada jangkitan COVID-19," katanya.
Pandangan sama turut diberikan Japarin Ginsos, 43, yang berkata insiatif diambil TTS itu sangat tepat apatah lagi beliau difahamkan hanya malim gunung yang menerima vaksin dibenar untuk meneruskan tugasan mereka apabila aktiviti pendakian beroperasi semula.
"Saya menerima panggilan janji temu seminggu lebih awal. Walaupun ada rasa gementar kerana takut jarum tetapi perasaan itu hilang kerana saya gembira dan teruja untuk menerima suntikan vaksin," katanya.
Bagi seorang lagi malim gunung Abdul Hasinin Kasim, 49, program vaksinasi secara berkelompok untuk malim gunung akan dapat memastikan mereka tidak tercicir daripada menerima vaksin.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 10 2021
Panorama gunung tertinggi Asia Gunung Kinabalu dengan aliran sungai Kadamaian dari kawasan Kadamaian Kota Belud. - Gambar hiasan/fotoBERNAMA
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malim gunung meninggal dunia di puncak Gunung Hitam
Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa Norfazli Abd Aziz, 57, disahkan meninggal dunia pada jam 5.50 petang tadi oleh pegawai perubatan.
Malim gunung teruskan pencarian Muhammad Hawari di Gunung Everest
Ikhtiar bersama 20 syarikat sherpa lain demi menjalankan kerja pendakian di Gunung Everest untuk menyambung pencarian.
Taman Eko Rimba di Selangor dibuka semula bermula 1 Feb
Pembukaan semula itu meliputi enam Taman Eko Rimba dan jalur pendakian di tiga kawasan.
Terengganu kuat kuasa khidmat malim gunung bermula 2023
Terdapat 120 Malim Gunung Perhutanan di seluruh Terengganu dan jumlah itu dilihat cukup bagi memenuhi keperluan di lokasi berkenaan.
JPSM cadang kuat kuasa syarat guna khidmat malim gunung semasa aktiviti pendakian
Penggunaan MGP akan disyaratkan khususnya melibatkan aktiviti pendakian di HSK berisiko bagi memastikan keselamatan pendaki terjamin.
Lelaki meninggal dunia ketika daki Gunung Kinabalu
Mangsa yang berusia 51 tahun ditemukan malim gunung di KM 3.2 Gunung Kinabalu.
Jabatan Perhutanan Johor cadang wajibkan khidmat malim gunung
Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) bercadang mewajibkan semua aktiviti pendakian di Hutan Simpan Kekal (HSK) di negeri itu menggunakan perkhidmatan Malim Gunung Perhutanan (MGP) bermula Januari ta
COVID-19: Enggan putus asa, malim gunung tanam sayur, buah sara kehidupan
Aktiviti mendaki Gunung Kinabalu yang terjejas berikutan COVID-19 mendorong beberapa malim gunung mengusahakan tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai alternatif bagi menjana pendapatan.
Vaksinasi COVID-19 persiap malim gunung Kinabalu terima pelancong
Suzana berkata vaksinasi sangat penting bukan hanya untuk melindungi diri mereka daripada jangkitan wabak tetapi juga kepada pelancong yang dibawa mendaki Gunung Kinabalu nanti.
Pembukaan aktiviti mendaki, malim gunung perlu sedia hadapi mabuk gunung
Jahimin pernah mengalami mabuk gunung apabila tidak mendaki dalam tempoh sekurang-kurangnya sebulan semasa berlakunya gempa bumi pada 2015.