KUALA LUMPUR: Kemajuan kadar vaksinasi harian di Malaysia yang kini melepasi kadar purata per kapita vaksinasi dunia, memberi gambaran negara berada di landasan yang tepat dalam usaha mencapai imuniti kelompok, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, perkembangan itu membolehkan negara mencapai imuniti kelompok dalam masa terdekat dan seterusnya dapat kembali kepada kehidupan normal seperti sedia kala.
"Vaksinasi harian (Malaysia) juga kebelakangan ini mencatat sejumlah 250,000 dos suntikan sehari secara konsisten dan disasarkan 300,000 dos suntikan sehari mulai bulan ini," katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) hari ini.
Semalam 324,745 dos suntikan vaksin COVID-19 diberikan menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin di seluruh negara kini 11,075,493 dos.
Beliau turut mengingatkan masyarakat, agar terus meningkatkan kawalan kendiri atau 'self lockdown' dengan duduk di rumah dan hanya keluar jika terdapat keperluan, serta memathuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengurangkan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti.
Ismail Sabri berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui Jawatankuasa Teknikal COVID-19 baru-baru ini telah mengeluarkan analisis dapatan data terkini perkembangan kes COVID-19 di seluruh dunia.
"Di Afrika, kadar peningkatan kes jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada 16.7 peratus, manakala di kawasan timur Mediterranean pula mencatatkan 16.4 peratus.
"Analisis negara-negara di Eropah juga telah merekodkan sebanyak 33 peratus kadar peningkatan jangkitan dan 8.6 peratus di bahagian Asia Tenggara," katanya.
Peningkatan kadar jangkitan itu disebabkan beberapa faktor utama, antaranya penemuan varian-varian baharu yang mempunyai impak lebih serius ke atas individu serta menular dengan lebih cepat berbanding jangkitan biasa.
Bernama
Sun Jul 11 2021

Ismail Sabri berkata, kadar vaksinasi harian di Malaysia yang kini melepasi kadar purata per kapita vaksinasi dunia memberi gambaran negara berada di landasan yang tepat dalam usaha mencapai imuniti kelompok. - Gambar fail

KDN laksana klasifikasi filem 2023 berkuat kuasa hari ini
KDN melalui Lembaga Penapis Filem (LPF) menetapkan lima pengelasan atau Klasifikasi Filem 2023 yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Blinken bertemu Abbas di Ramallah, kata AS tentang perluasan penempatan Israel
Lawatan Blinken ke Ramallah adalah pusingan terakhir dalam jelajah serantau diplomat itu termasuk membabitkan Israel dan Mesir.

Gempa bumi di Iran, tiada rakyat Malaysia terjejas
Kedutaan Besar Malaysia di Tehran sedang memantau dengan teliti perkembangan gempa bumi.

Istiadat pengurniaan pingat Wilayah Persekutuan yang terakhir disempurnakan Agong
Istiadat kali ini adalah yang terakhir disempurnakan Al-Sultan Abdullah yang bersemayam sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 mulai 31 Jan 2019.

Penganggur didakwa bunuh warga emas
Tertuduh didakwa telah membunuh Misah Amin, 91, di Kampung Pulai Darat, kira-kira jam 1.30 pagi pada 20 Januari lalu.

PRN: Pendirian PN Kedah kekal sasar menang 33 kerusi DUN - Sanusi
Keyakinan itu bersandarkan jumlah undi yang diperoleh PN pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Ringkas SPUTNIK: Biden bakal bertemu Zelensky
Ikuti rangkuman 3 berita global terbaik dalam Sputniknews.com.

Banjir: Mangsa di Johor, Sabah meningkat pagi ini
Bilangan mangsa banjir di Johor dan Sabah bertambah sedikit setakat pagi ini.

Seorang rentung, unit pangsapuri terbakar
Setakat ini seorang mangsa yang belum dikenal pasti dilaporkan rentung dalam kebakaran tersebut.

EPL: Manchester United dapat khidmat Marcel Sabitzer daripada Bayern Munich
Pemain kebangsaan Austria berusa 28 tahun itu menjadi sasaran Erik ten Hag pada hari terakhir jendela perpindahan.

Pemecatan, penggantungan pemimpin UMNO tidak patuh proses perundangan - Ismail Sabri
Ismail Sabri menjelaskan beliau tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat itu kerana ia tidak mematuhi proses perundangan.

Harga bahan mentah: 'Kita dengar pandangan Ismail Sabri' - PM
Kerajaan Perpaduan sentiasa berusaha menyelesaikan isu kenaikan harga bahan mentah yang menjadi fokus utama pentadbiran, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ismail Sabri belum putuskan pertahan jawatan Naib Presiden UMNO
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob belum membuat keputusan sama ada akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti akan datang.

"Saya harap Bajet 2023 yang dibentang semula ditambah baik" - Ismail Sabri
Berharap semua projek pembangunan yang dibentangkan dalam Bajet 2023 pada tahun lalu, khususnya yang menjaga kepentingan rakyat.

"Bercuti di Dubai pun dikait Langkah London" - Ismail Sabri perjelas sebab berdiam diri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini tampil menjelaskan tindakan beliau yang dilihat mendiamkan diri khususnya selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

PAU2022: Presiden, timbalan tak dipertanding, Ismail Sabri bimbang UMNO sukar tarik orang muda
Ismail Sabri berkata, keputusan tersebut jelas bertentang dengan hasrat dan aspirasi golongan muda.

Saman Lokman Adam: Ismail Sabri peroleh injuksi sehingga kes selesai
Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan bagi mendapatkan perintah injunksi oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kes saman fitnah terhadap Lokman Adam.

Zahid enggan ulas 'Langkah London'
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas 'Langkah London' yang kini banyak dibangkitkan sejak beberapa hari lepas.

Ismail Sabri hargai Perdana Menteri teruskan inisiatif Keluarga Malaysia
Antara inisiatif yang diteruskan ialah Bantuan Awal Persekolahan, Bantuan Keluarga Malaysia dan Bantuan Musim Tengkujuh.

Speaker Dewan Negara harap Kerajaan, PM komited laksana Transformasi Parlimen
Tan Sri Rais Yatim berharap kerajaan baharu yang diterajui PM Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal komited untuk melaksanakan Transfromasi Parlimen yang diusahakan sejak dua tahun lepas.