awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Pas nafikan mahu ketepikan Muhyiddin dalam PN
Thaipusam disambut meriah, tarik perhatian pengunjung dan pelancong
PDRM siasat kes lelaki didakwa cedera akibat dipukul polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Valve berdepan saman £656 juta di UK atas tuduhan manipulasi pasaran permainan video

Amanz
Amanz
01/02/2026
04:30 MYT
Valve berdepan saman £656 juta di UK atas tuduhan manipulasi pasaran permainan video
Saman itu difailkan pada 2024 oleh aktivis hak digital, Vicki Shotbolt, yang mendakwa Valve mengamalkan peraturan antipersaingan melalui platform Steam. -Foto Amanz
VALVE Corporation, syarikat di sebalik platform pengedaran permainan komputer Steam, berdepan tindakan saman bernilai £656 juta di United Kingdom selepas Tribunal Rayuan Persaingan (Competition Appeal Tribunal) membenarkan kes berkenaan diteruskan ke perbicaraan.

Ringkasan AI
  • Syarikat Valve Corporation berdepan tindakan saman bernilai 656 juta pound di UK selepas Tribunal Rayuan Persaingan membenarkannya diteruskan.
  • Aktivis hak digital, Vicki Shotbolt, mendakwa Valve melanggar peraturan antipersaingan melalui platform Steam dengan klausa pariti harga yang mengehadkan persaingan.
  • Saman tersebut juga menuding Valve mengenakan struktur komisen tinggi sehingga 30 peratus yang menjejaskan harga permainan dan pilihan pengguna di platform.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Saman itu difailkan pada 2024 oleh aktivis hak digital, Vicki Shotbolt, yang mendakwa Valve mengamalkan peraturan antipersaingan melalui platform Steam, termasuk mengenakan klausa pariti harga yang menghalang penerbit permainan menjual pada harga lebih rendah di platform lain.
Dakwaan tersebut turut menyatakan struktur komisen sehingga 30 peratus menolak pembangun menaikkan harga untuk menampung potongan berkenaan.
Shotbolt juga berhujah bahawa pembeli permainan di Steam “dikunci” dalam ekosistem platform itu kerana kandungan tambahan (DLC) hanya serasi apabila dibeli melalui Steam, sekali gus menjejaskan persaingan dan pilihan pengguna.
Valve sebelum ini cuba menyekat saman itu daripada diteruskan, namun tribunal memutuskan bahawa dakwaan tersebut mempunyai asas untuk dibicarakan.
Kes itu mewakili kira-kira 14 juta pengguna Steam di UK sejak 2018. -Amanz

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tindakan undang-undang yang diambil terhadap Valve Corporation berkenaan platform Steam? A: Tribunal Rayuan Persaingan membenarkan saman bernilai £656 juta terhadap Valve diteruskan ke perbicaraan di United Kingdom.
  • Q: Apakah dakwaan yang difailkan oleh aktivis hak digital, Vicki Shotbolt, terhadap Valve Corporation? A: Shotbolt mendakwa Valve mengamalkan peraturan antipersaingan melalui platform Steam termasuk klausa pariti harga dan struktur komisen yang tinggi.
  • Q: Bagaimana pengguna permainan di Steam dikatakan terjejas oleh tindakan Valve Corporation? A: Pengguna permainan di Steam dikatakan 'dikunci' dalam ekosistem platform itu kerana kandungan tambahan hanya serasi apabila dibeli melalui Steam, mengurangkan persaingan dan pilihan pengguna.

Topic Berkaitan
#saman
#Valve Corporation
#Vicki Shotbolt
#peraturan antipersaingan
#Steam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan