awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Varian Omicron: Warga asing dari Malawi tidak dibenar masuk Sarawak

Bernama
Bernama
01/12/2021
14:18 MYT
Varian Omicron: Warga asing dari Malawi tidak dibenar masuk Sarawak
JBPN memaklumkan langkah itu diambil bagi mengekang penularan varian baharu COVID-19 iaitu Omicron ke Sarawak. - Gambar hiasan/ Bernama
KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) menyekat kemasukan sementara pengembara warga asing dari Malawi atau pengembara yang mempunyai sejarah perjalanan ke negara itu dalam tempoh 14 hari sebelum ketibaan.
JBPN menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan langkah itu diambil bagi mengekang penularan varian baharu COVID-19 iaitu Omicron ke Sarawak.
Ini menjadikan jumlah negara dalam senarai sekatan perjalanan ke Sarawak adalah lapan, termasuk Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Afrika Selatan dan Zimbabwe.
Menurut JPBM rakyat Malaysia dan pemegang pas lawatan jangka panjang yang pulang ke Malaysia dari negara terbabit bagaimanapun dibenarkan memasuki Sarawak, namun perlu mematuhi beberapa syarat termasuk memohon dalam sistem EnterSarawak.
"Selain itu JPBN memutuskan untuk menangguhkan sementara kemasukan pelajar antarabangsa dan pekerja asing dari negara-negara terlibat. Langkah-langkah kawalan dan pencegahan di atas berkuatkuasa serta-merta," menurutnya.
Hari ini jumlah kes baharu COVID-19 di Sarawak kembali mencatatkan tiga digit dengan 121 kes berbanding 98 kes semalam.
Selain itu sebanyak empat kes kematian baharu dicatatkan hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Omicron
#Sarawak
#Malawi
#sekatan kemasukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan