MALAYSIA
Vellfire masuk laluan bas punca dua pemandu bergaduh

Polis mengesahkan kejadian tular di media sosial dan menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan. - Gambar/ Media sosial
JOHOR BAHRU: Dua lelaki cedera selepas terlibat dalam pergaduhan di laluan masuk ke Bangunan Sultan Iskandar (BSI), pada Ahad.
Ringkasan AI
- Dua lelaki cedera ringan selepas bergelut secara fizikal di laluan masuk Bangunan Sultan Iskandar (BSI) susulan pertikaian laluan antara pemandu e-hailing dan pemandu bas.
- Kedua-dua individu membuat laporan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana gaduh gempar.
- Polis mengesahkan kejadian tular di media sosial dan menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
"Berlaku provokasi antara kedua-duanya sehingga menyebabkan pemandu bas berhenti dan turun bersemuka dengan pemandu e-hailing terbabit.
"Akibatnya, pergelutan fizikal telah berlaku antara kedua-duanya sehingga menyebabkan kedua-duanya mengalami kecederaan ringan di kepala, leher dan tangan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Difahamkan, kedua-dua pihak kemudiannya hadir ke balai polis bagi membuat laporan berhubung perkara tersebut.
Tambah Raub, kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan melibatkan gaduh gempar.
Katanya, jika sabit kesalahan boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh ynag boleh sampai enam bulan atau denda yang boleh sampai RM1,000 atau kedua-duanya.
"Polis mengesahkan kejadian tersebut telah tular di media sosial dna menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh menganggu siasatan," katanya. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami