Astro Publication
Fri Apr 17 2015
Hyundai Veloster 1.6 MPI yang dijual Hyundai sekarang ditemani dengan varian 1.6 Turbo GDI setelah Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd. (HSDM) melancarkan model lebih berkuasa ini dengan rasmi sebentar tadi. Varian turbo ini dijual dengan spesifikasi Turbo dan Turbo Sport.
Enjin yang digunakan masih sama – 1,591cc, tetapi pengecas turbo skrol berkembar memaksa jumlah kuasa yang lebih tinggi kepada tayar 18 inci hadapan, iaitu 183hp dan 265Nm (berbanding 130hp dan 158Nm yang dihasilkan oleh enjin MPI biasa). Kotak gear adalah jenis klac berkembar 7-kelajuan.
Model ini mampu untuk mencapai kelajuan 100km/j dari keadaan rehat dalam masa lapan saat sebelum mencapai kelajuan maksima pada 214km/j.
Banyak juga yang masih lagi dikongsi antara varian MPI dengan Turbo baharu ini – termasuk konfigurasi suspensi (hadapan: MacPherson, belakang: Multi-link), sistem brek, 6 beg udara, sistem keselamatan elektronik (ESC, Hill-start Assist Control dan VSM), dan sistem audio yang serupa.
Namun, antara kelainan yang diberikan adalah ‘paddle shifter’ (varian MPI dilengkapi transmisi automatik 6-kelajuan tanpa ciri ini), lampu HID dengan LED dan kerusi hadapan dengan balutan kulit tulen.
Varian Turbo Sport juga mendapat pelekat sporty dan bahagian tepi kerusi dengan kemasan warna oren untuk kelainan visual.
Harga Hyundai Veloster Turbo adalah RM152,476.14 manakala Veloster Turbo Sport pula adalah RM156,213.70 (harga atas jalan termasuk insurans).
Dalam perkembangan lain, majlis pelancaran ini dilakukan di bilik pameran terbaharu HSDM yang turut mengikuti konsep GDSI (Global Dealership Space Identity). Ia terletak di Bangsar, Kuala Lumpur dan adalah yang pertama di Lembah Klang yang mempunyai rekaan yang seragam di serata dunia ini.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Dapatkan rebat RM10,000 dengan ‘Ford CNY Promo’
Rebat tunai disediakan untuk setiap pembelian Fiesta, EcoSport dan Kuga khas sempena perayaan CNY
Ford tingkatkan perkhidmatan dengan ‘PJ2’
Kemudahan bernilai RM140 juta ini mengurangkan tekanan kepada pusat servis PJ sedia ada dan menyenangkan pelanggan
Range Rover dipandu atas jambatan kertas! [+video]
Dibuat untuk meraikan ulangtahun ke-45 barisan model Land Rover. Juga membuktikan kecekapan sistem cengkaman Land Rover
Hyundai Tucson baharu dilancarkan di Malaysia
Hanya satu pilihan enjin buat masa ini, di dalam dua varian – Elegance dan Executive
Ford Ranger ditambah baik sudah dilancarkan!
Model popular ini semakin maju dan lengkap dengan pelbagai ciri yang jarang dilihat pada sebuah trak
Bukan kereta Raya – Porsche 911 GT3 RS. Harga: RM1.75 juta
Model 911 paling garang untuk litar dan jalan raya. 0-100km/j dalam masa 3.3 saat
Merdeka!... bersama Ford. Dapatkan rebat tunai sehingga RM13,000!
Ambil kesempatan promosi khas sempena bulan kemerdekaan untuk model-model Focus, Fiesta, EcoSport dan Ranger
Ford Everest bakal dilancarkan akhir tahun ini
Sime Darby Auto Connexion sudah mula memberikan petanda kemunculan SUV ini menerusi laman Facebook mereka
Hyundai-Sime Darby buka peluang untuk anda ke WRC Sepanyol!
Pertandingan ‘Service Your Way to Spain’ oleh Hyundai-Sime Darby Motor akan bawa tiga individu ke Sepanyol untuk menghadiri perlumbaan WRC
Hyundai Elantra ‘Sport Edition’ dilancarkan
Hanya 999 unit akan dijual, lengkap dengan kit badan serta pelekat istimewa untuk menonjolkan ciri eksklusifnya