awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BAM perlu lebih RM55 juta setahun - Tengku Zafrul
Pulau Pinang jangka terima kemasukan lebih 8 juta pelancong melalui LTAPP tahun ini
Johor akan pergiat promosi pelancongan sempena Tahun Melawat Johor 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Veteran tentera mulakan tugas warden asrama di dua MRSM - JHEV

Bernama
Bernama
18/08/2025
21:15 MYT
Veteran tentera mulakan tugas warden asrama di dua MRSM - JHEV
Semaon berkata lebih ramai veteran tentera berpotensi dilantik sebagai warden sekolah berasrama penuh, mencontohi Perhilitan yang kini mengambil lebih 400 bekas tentera sebagai Renjer Komuniti. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak lapan veteran tentera mula bertugas sebagai warden asrama di dua Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) iaitu di Besut, Terengganu dan Balik Pulau, Pulau Pinang, pada Isnin.
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Mejar Jeneral Datuk Semaon Marjuki berkata lantikan itu adalah inisiatif rintis Majlis Amanah Rakyat (MARA) membabitkan empat lelaki dan empat wanita yang telah melepasi ujian serta temu duga.
"Pengalaman, ilmu dan karakter yang diperoleh seseorang veteran ketika berkhidmat mampu membantu membentuk sahsiah pelajar di sekolah berasrama penuh ini.
"MARA menjadikan penugasan lapan veteran ini sebagai kajian rintis dan jika ia menunjukkan kesan positif, lebih ramai veteran tentera akan ditugaskan sebagai warden MRSM," katanya kepada Bernama di sini pada Isnin.
Semaon berkata lebih ramai veteran tentera berpotensi dilantik sebagai warden sekolah berasrama penuh, mencontohi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang kini mengambil lebih 400 bekas tentera sebagai Renjer Komuniti.
Media sebelum ini melaporkan Pengerusi MARA Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata pihaknya memulakan inisiatif rintis melantik pesara tentera dan polis sebagai warden asrama di dua MRSM bermula bulan ini.
Dalam perkembangan lain, Semaon berkata JHEV baru-baru ini mengadakan pertemuan dengan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang turut meneliti keperluan mengambil veteran tentera bekerja di bawah pasukan itu.
Beliau berkata cadangan berkenaan masih di peringkat perbincangan kerana terdapat beberapa aspek yang perlu diperhalusi.
"JHEV sentiasa menyokong usaha mana-mana pihak, sama ada sektor awam atau swasta, yang mahu memanfaatkan kemahiran dimiliki veteran tentera dengan mengambil mereka bekerja," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ATM
#Perhilitan
#MRSM
#sektor awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan