Hasil kajian dan penyelidikan bagi mewujudkan Akta Anti Buli Siber dijangka akan dibentangkan pada penghujung tahun ini dalam usaha menjamin keselamatan pengguna siber.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pihaknya memandang serius berhubung pembentangan draf tersebut, dan berharap ia bukan sekadar kajian.
Saifuddin berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai sebuah video memaparkan seorang murid perempuan memaklumkan bapanya memasak air ketum selepas ditanya oleh seorang guru, tular di laman sosial baru-baru ini.
"Sebab sekarang ini kita tidak perasan ada waktunya kita kongsi benda yang lazim sahaja pada kita, tidak ada apa-apa tetapi lepas itu kita kena kecam teruk dan bagi sesetengah orang itu menimbulkan tekanan kepada dia.
"Macam saya kata tadi, itu (video tular) saya belum tengok lagi tetapi ada waktunya dia kongsi benda yang biasa sahaja soal keluarga tetapi orang kutuk seperti mereka tiada urusan lain. Jadi, itu sudah termasuk dalam buli siber," katanya ketika membuat tinjauan di Pusat Media sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, di sini.
Tambah Saifuddin, kerajaan telah melantik Universiti Multimedia (MMU) bagi menjalankan kajian dan penyelidikan berhubung Akta Anti Buli Siber.
Katanya, beberapa negara termasuk Singapura dan Filipina telah melaksanakan undang-undang tersebut.
Terdahulu, video berdurasi 15 saat itu mengundang kecaman netizen apabila ia didakwa memberi kesan emosi kepada murid berkenaan.
Rata-rata pengguna media sosial mendakwa perbuatan guru berkenaan merakam video tersebut sebagai tidak beretika, selain menggesa tindakan dikenakan kepada wanita itu.
Hasimi Muhamad
Wed Aug 19 2020
Saifuddin berkata, pihaknya memandang serius berhubung pembentangan draf tersebut, dan berharap ia bukan sekadar kajian. - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Video 'ayah saya masak ketum': Hasil kajian Akta Anti Buli Siber dibentang hujung tahun ini
Terdahulu, video berdurasi 15 saat itu mengundang kecaman warganet apabila ia didakwa memberi kesan emosi kepada murid berkenaan.