KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyelar klip video kesedaran antirasuah yang dikongsikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaparkan seorang doktor menerima rasuah untuk mengeluarkan sijil cuti sakit (MC).
Dalam kenyataannya, MMA menuntut SPRM menurunkan segera klip video yang dianggap mencemarkan imej profesion perubatan itu.
“Agensi itu sepatutnya menggunakan contoh lain untuk menyampaikan mesejnya. Sebagai doktor kami rasa amat terhina dengan hantaran itu yang wajar diturunkan segera,” kata MMA dalam satu kenyataan.
Dalam klip video dikongsikan di akaun Twitter rasmi SPRM, seorang lelaki dilihat meminta MC walaupun doktor memberitahu dia sihat.
Lelaki itu kemudian menyerahkan sampul surat kepada doktor itu untuk “memudahkan” permintaannya. Doktor itu dilihat menerima sampul berkenaan sebelum menandatangani MC untuknya.
Video itu berakhir dengan kata-kata “semarakkan integriti, rasuah diperangi”.
MMA menyelar SPRM kerana seolah-olah melupakan pengorbanan doktor sepanjang wabak COVID-19 yang setakat ini meragut 31,609 nyawa di negara ini.
“Baru-baru ini ramai doktor kami meredah air setinggi paras pinggang untuk menghantar bantuan kepada mangsa banjir walaupun klinik mereka sendiri musnah akibat air bah,” kata MMA.
“Kami menggesa SPRM membuat permohonan maaf secara terbuka atas video itu dan pada masa sama membersihkan isu dalamannya sendiri terlebih dahulu.
“Melihat kepada komen netizen terhadap video itu, nampaknya SPRM juga mempunyai isu tersendiri melibatkan reputasinya yang perlu diselesaikan,” katanya.
Hakim Rahman
Wed Jan 05 2022
MMA menggesa SPRM membuat permohonan maaf terbuka atas video itu dan pada masa sama membersihkan isu dalamannya sendiri terlebih dulu.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Lebih 30 peratus doktor dibuli - MMA
Sebanyak 30 hingga 40 peratus pengamal perubatan melaporkan pernah mengalami beberapa bentuk buli.
Musk, Zuckerberg bertarung di Rom?
Elon Musk mengumumkan pertarungan seni bela diri campuran (MMA) yang dinanti-nantikan dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Mark Zuckerberg akan berlangsung di Itali.
Khabib enggan latih Elon Musk
Bekas juara dunia divisyen Lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov dilapor enggan melayan permintaan pengasas Tesla, Elon Musk yang mahu atlet seni bela diri campuran (MMA) itu melatihnya.
Persatuan perubatan sambut baik komitmen PM
Mereka faham mendapatkan jawatan tetap memerlukan komitmen kewangan jangka panjang yang signifikan daripada kerajaan,
MMA tidak setuju mogok doktor kontrak
MMA tidak bersetuju dengan tindakan mogok sebagai cara untuk mendesak kerajaan menangani isu-isu yang dihadapi doktor kontrak.
MMA persoal kerajaan henti pinjaman pelajar perubatan
Meskipun kerajaan perlu mengawal bilangan graduan dalam bidang itu, namun bukan dengan cara menghentikan pinjaman pengajian.
UFC 285: Alexa Grasso cipta kejutan, rampas kejuaraan dari Shevchenko
Alexa Grasso mencipta sejarah apabila menjadi petarung seni bela diri (MMA) wanita pertama dari Mexico untuk meraih gelaran kejuaraan UFC.
UFC 285: Jon Jones kembali lebih garang, raih kejuaraan heavyweight
Jon Jones kembali ke gelanggang Octagon, sekali gus meraih kejuaraan heavyweight selepas menumpaskan Ciryl Gane dari Perancis.
Atlet MMA Victoria Lee meninggal dunia pada usia 18 tahun
Atlet sukan seni bela diri campuran (MMA), Victoria Lee dilaporkan meninggal dunia pada 26 Disember lalu.
Presiden UFC sifatkan bola sepak tidak perlukan bakat, sekadar 'sukan untuk kanak-kanak'
Di sebalik dakwaan White, angka tontonan di Piala Dunia tahun ini mencapai angka luar biasa.